Ok so samalah macam pagi tadi. Selepas siap semua aku pun mula bergerak lebih kurang pukul 6.15 pagi. Aku suka memulakan trip pada awal pagi kerana cuaca yang nyaman, kurang kenderaan dan suasana yang lebih tenang berbanding waktu lain.
Ok, lagi best sekarang ni cuti sekolah, makinlah tak banyak kenderaan dan kesesakan yang aku tempuhi sepanjang perjalanan aku terutamanya di Tangkak.
Sebaik sahaja aku memasuki Highway, macam biasa aku lebihkan sedikit kelajuan aku sambil peka dengan had laju semasa. Bukan apa, nak bagi tak mengantuk gamaknya, hehehe. Aku pun terus meluncur laju dengan Proton
Sebaik melepasi Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka, aku mula terbau sesuatu yang tak menyenangkan. Bau semacam bahan kimia. Dari jauh kelihatan petugas PLUS mengibar-ngibar bendera sebagai tanda mengarahkan kenderaan supaya mengosongkan laluan paling kanan (express lane). Naluri aku menyatakan ada sesuatu yang tak bagus ni. Aku akur dan mengikuti arahan itu.
Dalam pada tu pergerakan kenderaan semakin perlahan bila cuma tinggal 2 laluan sahaja yang dibuka. Namun begitu masih ada mereka yang "tak paham bahasa" yang masih menggunakan express lane, yang akhirnya cuba kembali ke laluan tengah. Aku memang tak bagi chance aje, tadi eksyen sangat, sekarang tau takut pula!
Semakin hampir dan semakin hampir...Benarlah apa yang aku jangkakan. Kemalangan, ya kemalangan negeri di KM 198.5!
Lori dengan muatan bahan kimia yang tertumpah ke jalan raya...
Seperti dalam gambar di atas, keadaan sangat menakutkan dengan beberapa tong daripada bahan kimia itu terbuka dan tersimbah ke jalan raya! Kelihatan ia meruap-ruap. Itulah sumber bau yang tak menyenangkan tadi!
Antara kereta yang terlibat...
Selain kereta di atas, aku dapati ada lagi 2 buah kereta yang turut sama dalam kemalangan ini. Aku anggarkan kenderaan ini baru berlaku dalam tempoh setengah jam sebelum aku sampai.
Namun begitu masih tidak kelihatan ambulans baik dari hospital mahupun dari mana-mana organisasi. Aku cuma sempat mengesan kehadiran pasukan Hazmat, Bomba dan Polis.
Pasukan Bomba yang hadir...
Itulah beberapa shot yang aku sempat ambil, memandangkan tetiba aje muncul pak polisi disitu. Apapun sebaik melepasi kawasan kemalangan itu aku terus meneruskan perjalanan tanpa tangguh, dan sempat take a nap dekat parking Restoran Jejantas tak jauh dari situ.
Apa yang berlaku seterusnya tidaklah aku ketahui. Mungkin ada updates dalam berita nanti. Sekian sahaja laporan ini untuk blog.ORELLEX, saya Orell melaporkan dari Cyberjaya.
P/s: Berita yang aku baru tau. Bahan kimia itu adalah Asid Nitrik! Pergh!!! Berita penuh klik sini.