Pengalaman Denggiku..
Tue, 23 Nov 2010
Ya aku kembali, kembali ke rumah Bangi, kembali ke ofis Cyber dan kembali untuk update blog!
(Amaran: Entri Panjang)

Segalanya bermula kira-kira 2 minggu lepas. Hujung minggu yang sibuk dengan Konvo adik aku dan penuh dengan aktiviti keluarga bersama parents serta atuk dan nenek aku. Kemudian bermula minggu baru yang penuh dengan kerja-kerja tertunggak di ofis, call sana sini, emel tak putus-putus masuk, sarapan tidak, lunch entah ke mana. Kemuncaknya pada petang Isnin (8 November) ketika aku bersiap-siap menunggu kedatangan geng pemasang bunting dan banner. Ketika itu segalanya bermula.

Kepala aku mula pening, terasa berat. Badan terasa tak bermaya. Tapi demi tugas dan tanggung jawab untuk syarikat, aku kuatkan hati dan semangat. Akhirnya kerja pemasangan selesai kira-kira jam 1.30 pagi. Itu pun baru 70% daripada keseluruhan. Takperlah, syukur alhamdulillah. At least tinggal 30% lagi.

Dalam keadaan yang tak selesa, kena lagi embun malam yang turun di sekitar Cyberjaya, aku semakin terasa tak sihat. Namun aku gagahi diri pulang ke rumah dan selamat sampai sekitar jam 2 lebih. Aku terus tido. Seriusly tak boleh handle dah.

Keesokan paginya, aku bangun dengan kepala dan seluruh badan yang sakit. Suhu pun tak hengat panas. Aku dah boleh agak, aku akan demam. Tanpa berlengah aku terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Macam biasa, doktor tu memang dah kenal aku sebab aku ni regular customer klinik dia. Sebaik saja dia check temperature aku, terkejut dia sebab terlalu panas, 39.7 C tu! Lepas tu dia tanya kalau-kalau aku ada selsema atau batuk. Aku cakap "tak ada", cuma demam dan sakit-sakit kepala dan badan.



Kemudian aku pun keluar dan menunggu ubatan dan surat MC (2 hari). Setelah semua selesai, aku pun pulang dengan harapan segalanya akan ok dan demam ini cepat sembuh.

Selepas 2 hari...

Aku rasa kurang sikit demam, tapi ada sesuatu yang buatkan aku pelik. Iya, pelik. Aku terasa perut aku sangat lapar sampai tahap dah masuk angin. Nak kata aku tak makan, sepanjang aku demam ni aku tak pernah termiss meal. Walaupun demam, tekak aku steady lagi untuk makan. Dalam pada pelik aku bersiap juga untuk ke opis. Sebabnya MC aku dah habis dan kebetulan hari tu, Khamis (11 November) ada meeting dengan Management dari KL.

Aku pun terus memandu ke Cyberjaya, dengan kepala yang masih pening-pening dan badan yang tak berapa sedap kaedahnya. Dalam pada aku memandu, aku terpandang lengan aku. Ya Allah! Dah naik bintik-bintik merah. Watta? Ni simpton denggi ni! Aiyarkk!! Aku terus memandu dengan harapan bintik-bintik merah itu hilang secara perlahan-lahan. Sesampai di ofis, aku rasa makin tak selesa. Tapi aku cuba untuk buat tak tau. Pura-pura sihat. Sehinggalah "rombongan" dari ofis KL sampai dan bila Kak Niza (HR Manager) tengok aku, terkejut dia. Cepat-cepat dia suruh aku balik dan ke klinik. Masa tu bintik merah dah expand ke muka aku pula. Tanpa banyak bicara, aku menerima arahan itu untuk ke klinik dengan segera.

Aku terus ke klinik yang aku pergi tempoh hari. Kali ni doktor lain yang bertugas pula. Aku pun beritau apa yang berlaku pada aku termasuk gastrik, demam dan bintik merah. Selepas menyemak rekod, doktor wanita itu membuat andaian, mungkin aku kena gastrik disebabkan antibiotik yang diberi tempoh hari. Dalam masa sama dia mengambil keputusan untuk menguji darah aku. Dem! Aku ni takut jarum, macam mana? Tak kisah lah, bukan selalu pun.



Selesai semuanya, aku pun pulang dengan dapat MC lagi 2 hari. Tapi kali ni, aku tak gembira sangat walau dapat tambahan MC, sebabnya aku berdebar menanti result blood test aku tu. Aku berehat di rumah sambil main Xbox bagi mengurangkan tekanan dan debaran. Lepas jugak 4-5 match kat FIFA 11, hehe.

Dalam pukul 1.15 petang aku dapat call daripada klinik yang membawa berita gembira menyatakan aku negatif Denggi. Fuhh..leganya..leganya!

Dalam pada aku MC, aku masih kena setelkan beberapa tugasan ofis, macam-macam masalah pula yang timbul, terutamanya kerja-kerja pemasangan bunting dan banner. Aku kena pastikan geng pemasang tu selesaikan 100%! Selepas beberapa isu berbangkit, kerja pemasangan di sambung semula pada Jumaat malam. Aku berkira-kira semuanya akan berjalan lancar. Syukurlah ia seperti diharapkan. Namun yang kurang best nya, adalah kesihatan aku sendiri. Aku tetap rasa yang aku tak sihat lagi. Rasa kelainan daripada demam sebelum ni. Dah dekat 3 dekad aku hidup, aku tak pernah merasakan keadaan, kondisi badan sebegini. Oh tidak boleh jadi ni!

Ringkas cerita, esoknya Sabtu (13 November), dengan nasihat adik aku, aku ke Hospital KPJ Kajang. Selepas pemeriksaan, sah aku memang kena Denggi! Oh...ini memang dugaan di saat kritikal seperti ni. Sebagai akibatnya, apa lagi kalau bukan kena tahan wad.

Ni kali kedua aku masuk hospital. 1st time dulu masa lepas operation batu karang. Kali ni sebab Denggi pula. Namun aku tetap bersyukur sebab aku cepat bertindak berdasarkan simpton. Oleh yang demikian proses pemulihan aku pun boleh dikatakan cepat. Aku cuma berada di hospital selama 3 hari 2 malam. Kemudian aku dibenarkan pulang bersama seminggu lagi MC.

Terima kasih pada kawan dan rakan yang datang melawat, yang call, sms dan yang komen di FB. Terima kasih ya.

Rentetan Peristiwa

Aku semakin peka dan serius dalam hal kebersihan rumah terutamanya yang melibatkan nyamuk!

Aku bercuti panjang, 2 minggu berturut-turut. Satu rekod peribadi!

Aku susut hampir 10kg. Sekarang mungkin dah bertambah kot, sebab dah balik kampung hari tu, heheh.

Menurut Doktor yang merawat aku di Hospital KPJ itu,Gastrik yang aku alami tu merupakan salah satu daripada simpton Denggi.

Ok ni nasihat peribadi. Tolonglah jaga kesihatan diri dan keluarga dengan cara menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Oh ya, jika anda demam, dan rasa luar biasa cepatlah pergi berjumpa doktor. Bak kata pepatah, "Prevention is better than cure".


Sahutlah cabaran ini!


Denggi ni, walaupun disebabkan oleh seekor nyamuk yang kecik, tapi kesan dia sangat besar, lebih-lebih lagi bila dah melarat. Ok tu aje. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri ini, ya.
View Archives | Back to Top