Sudah sampai!
Tue, 2 Nov 2010
Yea! Semalam hari Isnin , 1 November. Kejap aje dah bulan 11. Bulan depan bulan 12 lepas tu masuk tahun baru 2011 pula.

Macam orang lain, hidup kena terus, ofis kena pergi, makan pun kena makan. Tapi aku lain sikit, sebab masih belum gaji dan memang dalam keadaan yang sangat kering. Dalam pada kering ni, kerja pun banyak, hehehe. Takleh nak buat apa la kan, nasib badan.

Eh, terluah perasaan pula. Macam biasa, bila hari Isnin ada saje kerja untuk dibuat. Dalam pada aku tekun dan fokus membuat kerja, pintu ofis aku diketuk. Kali ni Din pula yang melihat siapa di luar.

Brader courier rupanya. Tapi yang pasti bukan dari PosLaju sebab dia tak pakai uniform. Dia pun menghulurkan kotak yang tertera nama aku kepada Din.

Seperti yang aku jangka, memang itulah dia! Set STARCOM yang aku beli di eBay tu dah sampai. Tak sampai 2 minggu pun. Terus aku terlupa pasal poket kering dan tensi kerja. Sungguh gembira aku ini!!


Set Shadow Parasite and Lt. Magg (Bad Guy)


Hahaha, mesti anda terfikir dan tertanya-tanya, kenapalah aku minat dengan benda-benda macam ni? Aku pun ada masa nak gelak jugak pada diri sendiri. Macam budak-budak kan? Tapi nak buat macam mana, aku memang minat dari kecil lagi. Macam aku pernah taip dalam post terdahulu, yang mana kartun dan toys ni sampai Malaysia sekitar 1988-1989. Dari aku 7 tahun sampai sekarang dah 29 tahun, heheh. Tapi, tak kisahlah apa yang orang fikir. Mari kita lihat pada sudut cerah (bright side).

Kalau dulu aku minat toys/figure ni sebab naluri kanak-kanak dan pengaruh iklan, juga pengaruh kawan sebaya. Tapi kini minat tu masih ada, kenapa? Masih mempunyai naluri kanak-kanak ke? Hehehe, tu ada la sikit kot, tapi yang lebih utama, sebab design. Ya, keyword dia DESIGN.

Aku suka design, warna, bentuk yang boleh aku lihat dan pegang. Tak lupa pada ciri motorized tanpa bateri yang dah dicipta sejak 25 tahun dulu! Senang kata, STARCOM ni antara jenama permainan yang termaju dan melampaui zaman pada era kewujudannya. Sebab tu aku SUKA dan minat sampai sekarang!.


Passive Mode




Power Deploy!


Ok, ini saja untuk entri kali ini dan rasanya cukup untuk tahun ini punya koleksi. Bajet untuk hobi sudah kehabisan, heheh. Tapi minat tetap minat! Sekali dah minat, selamanya minat! Bak kata Super Star Rajinikanth : "Naan oru dhadavai sonna nooru dhadavai sonna madhiri. (If i say it once, Ive said it a hundred times.)..Whoosh!
View Archives | Back to Top