"Pengumuman kepada semua penduduk Apartmen Permata Kasih (bukan nama sebenar), satu pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes akan dijalankan sebentar lagi. Sila beri kerjasama. Terima kasih".
Siren dan pengumuman yang sangat mengganggu pagi Sabtu yang indah. Sekaligus menyedarkan aku yang masih dibuai mimpi. Aku bangkit dan terus mengetuk pintu bilik Jo. Pintu dibuka dan kelihatan Jo pun seperti orang yang baru terjaga dari lena.
Pada mulanya timbul rasa kurang senang dan bengang dengan kehadiran mereka. Tapi, bak kata orang putih "on second thought", kami mula sedar dan faham kepentingan pemeriksaan tersebut. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk kami memberikan kerjasama sewajarnya demi kepentingan bersama ini.
Kami pun terus bersiap sambil menunggu kehadiran pegawai terbabit. Tak lama lepas itu kedengaran ketukan di pintu dan suara orang memberi salam dari luar. Kami terus membuka pintu dan mempersilakan pegawai yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita itu masuk.
Walaupun rumah kami ni rumah orang bujang. Namun tidak sukar bagi mereka untuk memeriksa keseluruhannya terutama di kawasan yang dianggap strategik sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes. Ini kerana rumah kami sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria, dari ruang tamu hinga ke dapur.
Selepas hampir 10 minit, mereka kelihatan berpuas hati. Sebelum beredar, pegawai itu meninggalkan kami sepaket ubat jentik-jentik dan risalah panduan penggunaan.
Sahutlah cabaran ini!
Dengan ini, secara peribadi saya menyeru kita semua sebagai rakyat Malaysia. Marilah sama-sama membanteras Denggi ini. Cegah Denggi, hapuskan Aedes. Cuma luangkan 10 minit daripada hujung minggu anda untuk membersih dan menghapus tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah anda. Mudah bukan?
P/s: Ingat, kerana dirimu begitu berharga, take care tau! :p