Seminggu...
Fri, 8 Oct 2010
Sejak daripada entri aku yang lepas, aku terima banyak respon dan feedback daripada kawan-kawan yang rata-ratanya bertanyakan macam mana keadaan ofis baru ni. So far, alhamdulillah. Belum ada masalah atau isu besar yang timbul.

Dalam seminggu ni juga, aku dah mula terjumpa semula kawan dan kenalan lama macam ex-ofismate masa aku praktikal dulu, dan pagi tadi masa breakfast, ter serempak pula dengan Ejad (gamergemparq), otai programming, heheh. Thanks sebab belanja breakfast tadi.

Hari ni aku cadang nak semak report trainee dan plan nak tambah assignment mereka. Yelakan, mana boleh bagi diorang ni relax-relax saje, ehehe. Tapi sebab aku ada kerja yang masih pending, so aku teruskan kerja aku sambil usya-usya alam maya untuk sedikit input idea bernas.

Dalam pada kami semua tekun bekerja, terdengar satu ketukan pintu dari luar. Macam biasa Elle akan membuka dan melihat siapa di luar. Kedengaran suara brader despactch tu menyebut nama aku...

Lepas sign bukti penerimaan, aku pun terus membuka package itu. Wah, gift dari seorang kawan dari selatan tanah air, JB secara spesifiknya, hehe.

Hadiah sempena perpindahan ke ofis baru..Biru, dan comel...


Tripple Blue Container



Bersama "rakan" semeja yang lain..


Aku sangat gembira dan terharu. Walaupun kecil dan comel, tapi bagi aku sangat dalam dan besar pengertiannya, chewah! Thanks Omei! Terima kasih Omei!
View Archives | Back to Top