Transformasi...
Fri, 1 Oct 2010
Mengimbau kembali setahun setengah yang lalu, pada 30 Mac 2009. Hari aku melapor diri di tempat kerja aku ni sebagai orang baru, kosong, segar dan berwawasan. Aku ingat lagi, hari tu memang dipenuhi pelbagai rasa, suka, gementar dan sebagainya. Namun, bagi aku itu semua lumrah bagi kita bila ke tempat baru.

Sejak hari tu, aku telah transformasikan diri ini daripada seorang penganggur kepada seorang yang bekerjaya. Banyak yang aku dah lalui, alami, pelajari dan rasai. Of kos la yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Pengalaman demi pengalaman mengajar erti keikhlasan, kesungguhan, perhubungan dan dalam bahasa mudah, erti kehidupan.

Lumrah dan suka duka alam pekerjaan dilalui tanpa boleh dilambatkan apatah lagi dipercepatkan walau sesaat. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun pun berganti daripada 2009 ke 2010.

Hari ni 1 Oktober 2010. Hari terakhir aku di ofis KL. Minggu depan aku akan mula bertugas di ofis baru di Bandar Pintar, Cyberjaya. Satu lagi transformasi. Transformasi lokasi, tanggungjawab dan jatidiri. Mampukah aku?


My 2nd Home - View 1


Harapan aku, transformasi ini mampu memperbaiki diri ini dari semua aspek fizikal, mental dan spiritual. Walaupun pada dasarnya aku rasa sedikit gembira bila diarahkan bertukar ke ofis Cyberjaya, tapi percayalah aku sedih...sedih bila terpaksa tinggalkan ofis KL ni. Yelahkan...Tempat jatuh lagi dikenang.


My 2nd Home - View 2


Oklah, apa pun keadaan...hidup perlu diteruskan. Hidup perlu ada transformasi! Selamat tinggal ofis KL, Ofismates KL (Kak Niza, Harun, Nurul, Jeff, Ika), Selamat tinggal Megan Avenue II, Annyong-hi kashipshio Brasserie de Corie, Twme naw Thida!
View Archives | Back to Top