Wah! Hari ni dah 16 Ramadhan, bermakna dah 16 hari kita berpuasa. Ok ni nak cerita sikit. Semalam (Rabu) aku tersadai di rumah, seorang diri, lonely, tanpa siapa di sisi, dek kerna lutut ku ini, aku MC.
Ceritanya begini....
Kelmarin (Selasa) Ofis aku mengadakan iftar di Dewan Perdana Felda. Dewan yang tesergam gagah dari luaran, bahkan semakin terserlah keindahannya pabila anda berada di dalam. 88 juadah berbuka puasa yang disediakan, sudah pasti memukau para tetamu yang datang daripada pelbagai peringkat usia dan lapisan sosial...
Kami sampai sekitar 6.50 petang. Disebabkan jarak antara opis kami dan dewan itu tak begitu jauh dan kebetulan trafik pada petang semalam sangat mengizinkan, maka kami tak mengambil masa yang lama untuk sampai.
Kami terus menuju ke pintu masuk utama untuk pendaftaran. Wah ramai juga yang hadir, pelajar dari beberapa sekolah asrama pun ada. Selesai pendaftaran kami pun mula melangkah masuk. Kami ditempatkan di meja 30 dan 31.
Jam sudah menunjukkan jam 7.00 petang, ini bermakna ada 24 minit sebelum masa berbuka puasa. Kebanyakan hadirin sudah mula mundar mandir...di kawasan juadah, ada juga yang sudah mengambil juadah lebih awal, bagi mengelakkan kesesakan. Kami pun tidak ketinggalan, bermula dengan niat nak "survey" , tapi dek kerna tak tahan dengan godaan, kami pun terpaksa join mereka yang lain untuk ambil juadah seawal itu.
Di situlah segalanya bermula..dalam pada aku "ghalit" dan syok meninjau makanan, tanpa aku sedar aku telah tersilap langkah, salah pijak atau wrong step. Ini disebabkan struktur lantai tempat juadah dihidangkan yang mempunyai ketinggian berbeza. Bukan aku sahaja, malah berlaku pada beberapa hadirin lain, bahkan menyebabkan ada yang hampir terjatuh (kesian lorrr.).
Berbalik pada aku, selepas aku tersilap langkah atau salah pijak, aku tak rasa apa-apa. Namun bila aku kembali ke kerusi aku. Ketika hendak duduk. Prap! Adui! sakitnya lututku ini, Ouch!. Berlarutan selama 2-3 minit. Barulah ia hilang. Aku sangkakan tak ada apa2, namun setiap kali aku hendak duduk ia kembali.
Sehigga semalam kesakitan itu datang dan pergi, hingga aku terpaksa ke klinik berdekatan.
Doktor : "Syukurlah, tak ada apa sangat lutut awak ni, sebab tak ada kesan bengkak atau lebam."
Aku : "Betul ker Doktor? Alhamdulillah..."
Doktor : "Awak puasa tak hari ni?"
Aku : "Heh, mestilah puasa, lagipun lutut yang sakit lain tak sakit, cuma saya tak pergi kerja aje..hee"
Doktor : "Ok saya bagi awak ubat makan dengan MC"
(dah agak dah mesti nak MC ni...)
Aku : "Terima kasih Doktor..."
(cayalah dok! dok memang terbaik! wee!)
Lepas makan ubat dan rehat, Alhamdulillah, kesakitan makin berkurangan dan kini tiada lagi.