Mimpi..
Tue, 3 Aug 2010
Tidur dan mimpi (bahkan mengigau) memang sukar dipisahkan sejak dahulu lagi. Siapa yang tak suka tidur, apatah lagi yang bersulamkan mimpi indah yang tak terjangkau dek akal dan logika normal.

Namun kadangkala tak semua mimpi itu indah belaka. Ini kerana mimpi juga boleh jadi mimpi yang membawa alamat (petanda) ataupun mimpi yg buruk sebagaimana ditafsirkan barat sebagai nightmare. Dalam masa yang sama hampir kebanyakan dari kita percaya bahawa mimpi adalah tak lebih daripada putaran memori silam atau pun keinginan yang terpendam atau apa sahaja yang berlaku dalam minda separa sedar kita semua. Dalam erti kata lain, sebagai mainan tidur.

Bagaimana pula dengan mimpi dalam mimpi (dalam mimpi dalam mimpi)? Adakah ia sekadar mainan tidur juga, atau lebih daripada itu? Namun bagi Dom Cobb (Leonardo Dicaprio), mimpi adalah sesuatu yang sangat luas, boleh dicipta, boleh dicerobohi, boleh dinikmati dan yang paling penting - sebagai sumber rezeki! Bahkan mimpi dalam mimpi adalah medan baginya dan rakan-rakanya untuk menembusi pemikiran seseorang sambil mencuri rahsia,idea dan apa jua data peribadi mangsanya itu. Dia sememangnya hebat. Namun setiap kehebatan pasti datang dengan kelemahan.

Kelemahan ini yang menjadi isu utama seterusnya mengheret Cobb dan rakan seperjuangannya kepada 1 final mission! Misi yang mana BUKAN untuk mencuri, tapi untuk menyemai idea baru dalam pemikiran mangsanya. Namun, kali ni mereka bakal menerima cabaran dan tentangan yang mereka tak pernah alami....

Umpama mimpi dalam mimpi (dalam mimpi..dalam mimpi).



Ok tulah review ringkas aku pasal Inception, cerita yang menarik, mencabar minda dan lebih memeningkan daripada masuk lecture subjek "Media Aesthetics".

Bagi anda yang belum menonton, cepat-cepat ke pawagam sebelum terlewat dan pastikan anda menonton dengan bekalan pop corn bersama minuman serta TIDUR yang cukup!

P/s: 3 jam yang lebih memeningkan kalau nak dibandingkan dengan exam masa @ MMU dulu.
View Archives | Back to Top