Birthday...
Tue, 8 Jun 2010
5 Jun, tarikh biasa seperti tarikh-tarikh lain. Namun bagi Orelle Ezral, ia istimewa dan penuh makna kerana ia merupakan ulangtahun kelahirannya yang telah disambut dan bakan disambut selagi ada usia, ada nafas dan selagi hayat dikandung badan. 3 hari lepas merupakan hari ulantahun kelahirannya atau dengan kata lain sebagai birthday nya yang ke-29. Untuk itu sebagai media rasmi, blog.ORELLEX @ b.O telah sempat menemuramah Orelle Ezral semasa beliau berada di ofisnya.


Q: Happy birthday bro!

A : Terima kasih, hehe

Q : Cepat betul masa berlalu, kini anda sudah 29. Apa perasaan anda?

A : Seperti yang anda lihat sekarang, saya boleh dikatakan happy. Lebih-lebih lagi bila dapat menyambut birthday walaupun dengan sambutan ala kadar, hehe.

Q : Baguslah kalau begitu, namun bila kita sebut pasal birthday ni, apa yang anda fikirkan dan jangkakan?

A : Birthday dan kek dan hadiah memang elemen yang tak dapat dipisahkan. Tapi bagi saya yang lebih penting ialah ingatan keluarga dan kawan-kawan. Tiada ada yang lebih membahagiakan selain menerima ucapan walaupun sekadar "happy birthday" daripada keluarga dan rakan-rakan sahabat handai semua. Tak kisahlah menerusi telefon, sms atau ucapan di Facebook, Friendster dan sebagainya.

Q : Adakah ni bermakna anda tak suka kek dan hadiah?

A : Eh tak jugak. Kalau ada sesiapa yang bagi, I'm more than happier to accept it...heheh.

Q : Apa signifikasi utama setiap kali selepas menyambut birthday?

A : Hmmm...susah juga nak jawab soalan ni, tapi saya akan cuba....Pada pandangan orang lain bila semakin umur sesorang itu bertambah, maka bertambahlah dia dewasa seiring dengan kematangannya. Dengan itu expectation dari orang di sekeliling akan bertambah dan terus bertambah dari semasa ke semasa. Dan ini sememangnya satu realiti dalam kehidupan. Bagaimana kita nak nak memenuhi dan melengkapkan kedewasaan dan kematangan itu merupakan satu cabaran dan signifikasi yang perlu diberi perhatian.



Q : Bercakap soal kematangan, apa komen anda?

A : Ia subjektif, dan bergantung pada individu. Namun bagi saya kalau anda boleh letakkan satu standard untuk kematangan, walaupun dengan definisi anda tersendiri dan anda mampu melaksanankannya, anda sudah dikira matang. Selagi anda masih dalam norma-norma murni dan berteraskan akal dan iman, serta boleh berfikir dan bertindak ..accordingly.

Q : Bagaimana nak mencapai kematangan itu?

A : Bergantung pada diri, waktu dan situasi. Saya percaya setiap orang akan sampai kepada moment itu yang mana kita takkan tau dan takkan sedari langsung. Seperti saya, saya sendiri tak tahu sama ada saya sudah sepenuhnya matang atau tidak, hehehehe.

Q : Boleh saya tau apa wishlist anda?

A :Boleh saja!
1. Nokia N8 (walaupun belum release)
2. High-specs Lappy or PC
3. Sportrim baru
4. Last but not least ..Action Figure Kamen Rider Kuuga, Agito, Ryuki, Faiz, Blade, Hibiki, Kabuto, Den-O, Kiva dan Decade!


Q : Oh..ok...Apa visi dan misi anda selepas ini?

A : Life goes on. Saya akan cuba capai apa yang perlu saya capai dan berusaha mempertingkat produktiviti dan qualiti sebagai seorang pekerja, seorang muslim dan seorang insan. Selebihnya biarlah rahsia....chewah!

Q : Soalan terakhir, apa perkembangan anda dengan sia dia?

A : Dia siapa? perkembangan apa ni? Takda, takda...(terus berlalu meninggalkan sesi temuramah tanpa sebarang pesan)
View Archives | Back to Top