Wah dah bulan Jun dah! Sedar tak sedar dah 6 bulan kita semua berada dalam tahun 2k10 ni. Ok sempena bulan Jun yang special ni (and always special) aku nak ajak anda semua recall karektoristik orang-orang yang lahir pada bulan Jun (termasuk aku) secara amnya tanpa mengira tahun kelahiran berdasarkan kajian Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. (penting untuk orang yang lahir dalam bulan Jun..hehe.)
Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual) =
Yer kot...
Mudah tertawan kerana sikap baik =
Hehe...
Berperangai yang lemah lembut =
No komen :p
Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood =
Ahaaa...
Idea yang terlalu banyak didalam kepala =
Boleh laa...
Bersikap sensitif =
Agaknya lah...
Otaknya aktif (sentiasa berfikir) =
Ya!
Sukar melakukan sesuatu dengan segera =
Tengok keadaan jugak la...
Bersikap suka menagguh-nangguh =
Tepat Sekali...
Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik =
Semua orang macam ni, betul tak?
Cepat marah tapi cepat sejuk =
Yesza!
Suka bercakap dan berdebat =
Bercakap tu ya, berdebat tu tak kot...
Suka buat lawak dan bergurau =
100% ya....
Otaknya cerdas dan berangan-angan =
90% ya...
Mudah dan pandai berkawan =
A 'ah...
Orangnya sangat tertib =
Hehe...
Pandai mempamerkan sikap =
Mungkin...
Mudah kecil hati =
Ewwww...
Mudah kena selsema =
Betul jugak...
Suka berkemas =
Tak sangat...
Cepat rasa bosan =
Bergantung dengan keadaan jugaklah...
Bersikap terlalu memilih dan cerewet =
Ahaks...
Kurang mempamerkan perasaan =
50/50
Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka =
Macam tau² ajer...
Suka barangan berjenama =
tak jugak...
Kedegilan yang tidak terkawal =
Woo! apa ni?
Ada yang tepat ada yang kurang. Tapi anda boleh tengok pada respon aku (ayat yang di"
underline"kan itu). Dari situ boleh taulah aku ni macam mana orangnya...chewah!