16 Mei 2010
Mon, 17 May 2010
Semalam 16 Mei 2010 menyaksikan 2 peristiwa menarik telah berlaku di negara kita ini. Pertamanya, sebagaimana kebiasaan 16 Mei disambut sebagai Hari Guru dan semalam juga telah berlangsungnya final Piala Thomas 2010 yang menemukan pasukan China dan Indonesia.

Pasukan China mara ke final dengan bergaya selepas menundukkan Malaysia di semi final sementara Indonesia pula menewaskan Jepun.

Dalam keghairahan menyaksikan pertembungan final 2 gergasi badminton ini sudah pastinya tumpuan diberikan kepada Lin Dan. Beliau merupakan antara pemain badminton China yang hebat dan tak terkalah lagi. Kehandalannya mengawal permainan seiring dengan strategi, skill dan kelincahannya. Pendek kata, kemenangannya merupakan satu jump-start yang sangat penting dalam mencorak kemenagan pasukan. Ini kerana sebagai jaguh utama, apa jua keputusannya mampu mempengaruhi permainan rakan lain dalam pasukan.

Namun begitu disebalik kehebatannya itu, Lin Dan tetap seorang insan biasa dan mempunyai sifat rendah diri tanpa melupakan asal usul dan di mana tempat dia berpijak. Ini digambarkan melalui beberapa ungkapannya.



"Today, both of us (Lin Dan and Taufik) gave our best in order to win a point for our own country. I played my game, he played his".

"Though I may have won, which was good for my team, no doubt that Taufik and Chong Wei are still among the best players in the world".

"I am never higher than them in terms of skill" .

Namun apa yang boleh dijadikan contoh, adalah keperibadiannya yang sangat menghargai, menghormati dan mengenang jasa guru atau jurulatihnya, Hsienhu (lagenda badminton China). Sepertimana kata-kata beliau...

"Hsienhu is like a grandfather to me. I learned a lot from him on and off the court. He has made be a better player. What I have achieved today was partly because of Hsienhu, so I am thankful for his guidance" . Baca artikel penuh di sini.

Ini memang sangat bertepatan dengan semangat Hari Guru, dan sepatutnya menjadi pegangan kita semua.Yang berbeza cuma pencapaian dan juga bidang, namun tanpa guru, kita takkan ke mana. Guru tetap guru. jasamu dikenang. Selamat Hari Guru!
View Archives | Back to Top