Anniversary...
Wed, 31 Mar 2010


Semalam 30 Mac 2010 merupakan ulangtahun yang PERTAMA Orell bergelar "orang yang dah bekerjaya" di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara. Pejam celik dah setahun, cepat sungguh masa berlalu. Sebagai media online rasmi Orell, blog.ORELLEX (b.O telah sempat menemuramah Orell sempena "First Anniversary"nya itu. Berikut adalah rakaman sesi interview itu.

b.O : Hai Orell. Apa khabar?

Orell : Hai b.O, baik Alhamdulillah, baru lepas demam dan sakit tekat sikit, hehe.


b.O : Setahun yang lepas anda datang ke company ini sebagai orang baru atau noob, kini anda boleh dikatakan senior di sini. Apa komen anda?

Orell : Yea, itu memang adat di mana-mana tempat pun, mula-mula memang kita ni orang baru, kemudian sebagaimana masa berubah kitapun turut berubah. Tak kiralah senior atau junior, yang penting kita tahu siapa kita apa tanggungjawab kita dan di mana kita berada.


b.O : Selama setahun anda sudah bekerja dalam industri ini, adakah anda sudah puas hati dengan apa yang sudah dicapai dari sudut peribadi dan profession anda sendiri?

Orell : Sudah semetinya saya katakan tidak. Mana mungkin dalam tempoh setahun kita mampu capai segalanya. Namun apa yang saya boleh katakan, dalam masa setahun ni saya dah lalui pelbagai pengalaman baru dan banyak belajar perkara baru. Sekaligus menjadikan semua ini sebagai benchmark dan panduan dalam membantu memperbaiki kendiri dan mempertingkatkan kerjaya pada masa akan datang.


b.O : Sebagai "orang multimedia" adakah anda yakin dengan bidang ini serta masa depannya untuk anda?

Orell : Haha, mengapa saya nak ragui diri saya sendiri? Dan perlukah saya untuk meragui masa hadapan? Semua bidang pun ada masa depan tersendiri, selagi anda percaya dan terus menyokongnya. Bila ada kepercayaan dari situ datang keazaman dan perjuangan. Secara peribadi, saya tidak meletakkan jatuh bangun diri seseorang itu berdasarkan kemahiran yang dimilikinya semata-mata. Namun saya percaya, kebolehan dirinya untuk berfikir, merancang serta mengeksploitasi dengan baik adalah kuncinya. Mengapa? Sebabnya, tanpa kebolehan berfikir, merancang dan mengeksploitasi dengan baik, manusia sudah lama pupus, haha.


b.O : Anda bekerja untuk apa?

Orell : Untuk mencari rezeki demi diri sendiri dan keluarga kerana Allah. :)


b.O : Ada orang cakap bila dah kerja ni "takde life" tak macam masa study. Boleh komen sikit.

Orell : Ada masa saya agak setuju jugak dengan statement tu, tapi sebenarnya bergantung pada diri jugak. Macam saya, kerja ke study ke selagi kita ada masa untuk diri dan keluarga, itu sudah cukup baik. Tambahan ada masa untuk main game. Cuma satu yang saya betul-betul setuju pasal "takde life" ni, bila mana duit "kering" nak kena tunggu gaji baru, macam sekarang ni dah hujung bulan gaji masih belum masuk,hehe.


b.O : Sebut pasal 'life' ni, bila agaknya nak melengkapkan 'life' anda, atau dalam bahasa mudah bila nak kahwin?

Orell : Ermm...sebenarnya kami cuma berkawan rapat. Ok...No komen (*sambil tutup lensa kamera dan terus pergi)

View Archives | Back to Top