Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasullullah S.A.W.
Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - Assalamualaikum".
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh".
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada Azizah ye..."( sebagai contoh)
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye..."
atau bukannya "Kirim salam maut" ...Statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Perkataan "AKUM" adalah gelaran yang diberikan orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud "BINATANG" dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT".
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".
Semoga ada manfaatnya.
**********************************
Apa yang anda baca di atas adalah petikan daripada 1 emel yang baru saje aku terima tadi. Akhirnya ada jugak orang nak highlightkan isu ni yang sememangnya dah lama bermain dalam kotak fikiran aku.
Aku tak nafikan, aku pun selalu menggunakan "akum" masa chatting atau sms. Nak cepat aje kan. Tapi dari hari ke hari aku tetap ragu dan musykil. Dengan kehadiran emel ni, diharapkan kita semua lebih clear berkenaan tatacara memberi salam secara bertulis/bertaip.
Bukan apa, bila kita menulis atau menaip, memang asik nak cepat dan pantas aje, kejar masa (kununnya, hehe). Tapi tak tahulah aku kalau ada orang dalam percakapan pun masih nak beri salam dengan lafaz "akum". Ada ke? Serius ke ada? Kalau ada memang pelik!
p/s: Untuk penjelasan dan hujah yang lebih detail sila rujuk orang yang lebih arif di sekeliling anda.