Disebabkan ni adalah 1st time aku ke event seumpama ni, aku awal-awal dah plan nak ke sana dengan Tekong. Selepas lunch, aku dan Tekong serta beberapa kenalan baru aku terus ke sesi registration pada 1.30 petang di luar ballroom. Pergh! ramainya orang! Senang kata dari individu yang berimej CEO sampai ke individu yang berimej bukan-CEO (seperti aku) ada di situ. Tanpa berlengah, kami pun mendaftar diri, dan diberikan beberapa item seperti kad perserta dan helaian kertas yang tertera tentatif dan content event ni.
Mungkin ada yang tertanya-tanya lagi. Apakah Google Analytics Master Class (GAMC) ni? Nadayo? GAMC ni merupakan kelas atau talk yang dianjurkan Google bertujuan berkongsi pengalaman dengan user/public berkenaan tool mereka iaitu Google Analytics. Apakah Google Analytics tu?
"Google Analytics is the enterprise-class web analytics solution that gives you rich insights into your website traffic and marketing effectiveness. Powerful, flexible and easy-to-use features now let you see and analyze your traffic data in an entirely new way. With Google Analytics, you're more prepared to write better-targeted ads, strengthen your marketing initiatives and create higher converting websites."
- google.com/analytic
Ok senang aku quote terus dari website, hehe.
Gambar di atas menunjukkan stage utama GAMC ni. Event ini telah dibahagikan kepada 15 sessi (termasuk tea-break) mengikut topik dan isu. Bermula dengan opening speech dari Beth Liebert, (Product Manager, Google Analytics) diikuti beberapa otai-otai Google yang lain termasuk beberapa CEO company yang diiktiraf Google sebagai "Google Analytics Team".
Sesi Q&A
Overall, aku sangat berpuas hati sebab dapat hadir. Walaupun aku hanya create akaun Google Analytics sehari sebelum event ni, namun penjelasan dan huraian secara ringkas dan padat membolehkan aku lebih paham dan jelas tentang fungsi dan objektif ia diwujudkan. Selain tu, ia sememangnya satu pengalaman baru dan turning point yang sangat penting untuk lebih maju dalam career dan profession.
Bukan setakat speech yang menarik dan penuh info, aku juga sempat "connect, communicate (dan bakal collaborate)" dengan beberapa kenalan baru yang boleh dikatakan "dah ada nama" dalam bidang online ni, termasuk Tekong sendiri.
Lepas selesai sesi Q&A, ada refreshment lagi. Nice. Makan lagi.Snek yang dihidangkan pun boleh tahan sedapnya ditambah pula dengan kehadiran peserta-peserta wanita yang terdiri daripada aweks dan amoys yang hot. Namun aku yang pemalu ni hanya mampu usya dari jauh aje, heheh.
Perut dah kenyang, tekak pun dah tak dahaga. Masa untuk pulang. Ok thanks, bye!