Proton Emas Concept
Tue, 2 Mar 2010
Semalam aku terpaksa amik emergency leave sebab kereta aku ada problem. Lepas subuh tadi aku pun gerak dari rumah dan sampai ke Bangi dalam pukul 8.45 pagi.

Lepas bersiap aku kena pick-up Daus ngan Farrah kat stesen komuter UKM sebelum ke Cyberjaya untuk site survey. Syukurlah cuaca agak cool sikit hari ni walaupun kepanasan tetap terasa. Lepas semua site siap dikunjungi kami pun lunch di Mines sebelum pulang ke office lebih kurang 2.00 petang.

Sampai office, boss pun takde aku memang tak leh nak handle letih dan ngantuk, apa lagi ZZzzZz lah seround, hehehe. Bangun-bangun aje ada emel dari Singapore mintak (suruh) buat update.

Aku berkira-kira nak relax macam biasa sampai pukul 8 dengan Noq, tapi kali ni ada masalah server pulak. Jadi aku dengan beberapa ofismate daripada tech dept. terpaksa berkejar ke lokasi untuk meninjau permasalahan itu. Syukurlah masalah dapat diselesaikan dengan cepat dek kepakaran Mr. Lim Tart, :D.

Sesampai di rumah, sesudah menikmati mee Cintan untuk dinner, macam biasalah apa lagi? Terus berlepas ke alam cyber pulak. Usya punya usya dalam facebook, ada 1 member aku ni share 1 link pasal kereta konsep terbaru dari Proton.



Proton EMAS. Kenapa EMAS? Sebabnya ia adalah singkatan bagi‘Eco Mobility Advance Solution'. Secara peribadi aku teruja selepas membaca dan melihat gambar-gambar EMAS, EMAS Country dan EMAS3 ni. Terasa bangga pun ada sambil tersenyum seorang, ngee!

Apakah? Kenapa? Betulkah? Kalau anda berminat bolehlah klik link ini dan link ini juga.

P/s: Credit to A. Faiz "Paie" A. Mustafa for sharing this link and info :)
View Archives | Back to Top