Semalam 01022010, atau bersamaan dengan 1 Februari 2010. Semalam sesiapa yang bekerja di 3 Wilayah Persekutuan ini, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diberi satu hari public holiday. Salah seorangnya adalah aku sendiri.
Tak ada apa pun yang special semalam, cuma aku dapat cuti lebih dan dapat relax kat kampung halaman extra 1 hari.
Diam tak diam dah habis dah Januari, dan ini bermakna kita dah masuk bulan kedua dalam 2k10 ni. Maybe terlalu awal nak buat rumusan atau kesimpulan dalam apa jua aspek. Namun begitu tak bermakna kita hanya perlu duduk diam sambil tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku tanpa berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya kita telah membuat perancangan tentang apa juga yang kita perlu lakukan dan capai dalam masa terdekat.
Ish awat serius sangat ni? Mana ada serius, sekadar peringatan untuk diri sendiri.
**************************
Hari ni ada 3 staff baru akan hadir di ofis ni, semuanya wanita. 2 daripadanya adalah exec (awal-awal lagi dah sampai) dan seorang lagi seorang manager. Selamat datang aku ucapkan pada mereka. Semoga kehadiran mereka menambah seri dan keriangan bekerja untuk kami semua. :D
Are they ushar-able? We'll see...hehehe.
P/s: Harap-harap di antara mereka ni ada yang mempunyai iras-iras Natsumi-kan @ Kanna Mori (gambar)..hahahaha! (in my dream)