Lepak @ Haunted Universities
Sun, 24 Jan 2010
Petang semalam Mat Anaih call aku ajak keluar dan lepak beramai-ramai. Kalau ikutkan list dia memang ramai jugak yang nak join, tapi disebabkan yang lain-lain dah ada komitmen sendiri (awek, gf, hal-hal lain), maka yang ada cuma aku, Anaih, Ajis dan Lan (housemate Anaih).

Lepas setting tempat dan masa, akhirnya Alamanda menjadi pilihan pada jam 9 malam. Macam biasa aku akan sampai paling awal sebab aku duduk dekat aje. Dan macam biasa jugak la aku kena tunggu, sampai pukul 10 baru diorang sampai, hehehe. Puas jugak aku pusing satu Alamanda tu, siap dah baca buku lagi dekat MPH.

Tapi aku tak marah sangat sebab walau pun tunggu lama, tapi yang penting dapat jumpa member-member yang dah lama tak jumpa. Lagi best, salah seorang dengan ikhlas dan hati yang terbuka open table dekat A&W. Memang takder hal aje lah kan, hehe..



So lepas pekena dinner yang tak disangka-sangka-percuma itu, aku ingat dah nak gerak atau lepak tempat lain. Maklumlah dah pukul 11 malam, Alamanda tu pun dah nak tutup. Tapi sangkaan aku meleset sebab orang yang belanja makan nak belanja wayang pulak. MasyaAllah! Ini memang rezeki, rezeki.

So kami pun ke level bawah, untuk ke wayang. Orang tak lah ramai sangat masa tu. Just nice. Tapi yang tak nice sangat, nak tengok cerita apa? Yelakan, benda tak plan. Main terjah aje.

Dalam pada pening-pening nak tengok cerita apa, tetiba kami ternampak Baha, Fendi dan Dyan Andyz. Apa lagi, makin meriah malam tadi dengan gelagat kami yang dah lama tak jumpa dan lepak sekali. Nostalgia sungguh.

Diskas punya diskas, akhirnya kami sepakat pilih cerita "Haunted Universities", (aduh! dahla aku nak drive sorang2 balik Bangi nanti..demm!)


Ok sedikit review untuk filem ini...

(Ni merupakan kali kedua aku ke pawagam sejak tahun 2000 dulu. Yang pertama masa cerita Transformers 2, tahun lepas. Hehehe..)



Seperti tajuknya, Haunted Universities, kisah ini memang berkisar dengan kejadian-kejadian seram yang berlaku di dalam universiti dan melibatkan beberapa watak serta lokasi yang berlainan dengan kisah dan plot tersendiri. Bermula dengan kisah di Tandas Wanita, diikuti dengan tragedi Lif Merah, rasakan juga keadaan sekiranya anda terpaksa menjadi seorang penjaga "Rumah Mayat" seterusnya sehingga kisah yang terakhir...



Kisah-kisah ini semua digarap dengan baik antara satu sama lain berpaksikan watak utamanya Muay (lakonan Panward Hemmanee). Secara peribadi, aku mencadangkan supaya anda semua memberikan perhatian sepanjang menonton kerana perubahan plotnya yang drastik dan dramatik pasti membuatkan anda hilang punca dengan jalan cerita.

Selain tu, filem ni turut menghidangkan sedikit komedi, dalam usaha mengurangkan impak maksima keseraman yang sentiasa ada sepanjang perjalanan filem ini. Namun begitu ini tidak mencemar identiti filem ini sebagai filem bergenre seram.

Secara keseluruhan, aku boleh dikatakan puas hati menonton. aku bagi 3.9/5.0 rating. Satu aje yang aku kurang puas hati ialah title dia. Aku rasakan ada title yang lebih sesuai memandangkan ending dia "macam tu". Tapi producer dia dah tetapkan nak buat macam mana, kan?

Apapun, kalau anda semua kaki wayang dan suka tengok wayang atau nak tau apa yang aku maksudkan. Silalah ke pawagam terdekat atau tunggu VCD/DVD/BluRay Ori di pasaran.
View Archives | Back to Top