Sesampai aje di rumah, housemate aku memberitahu bahawa, Tuanku telah selamat pulang ke rahmatullah, dan berita itu baru sahaja diumumkan oleh YB Menteri Besar Johor.

Sedikit sebanyak, sebagai anak jati Johor, aku berasa sedih dengan kepulangan Baginda ke rahmatullah. Ini merupakan kehilangan besar bagi rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Aku berdoa dan berharap moga roh Baginda ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati dan dikasihi Allah S.W.T. Amin. Jasa Baginda Tuanku akan tetap dikenang. Al-Fatihah.