Bukan apa, selain daripada boleh break sekejap daripada kerja yand sedang dibuat, ada masa status mereka tu boleh dianggap menghiburkan dan kadangkala bermanfaat untuk orang lain, macam sharing link, kata-kata hikmah, luahan perasaan atau feeling dan sebagainya. Selain status "Busy" atau "Stepped Out" yang bertujuan memberitahu situasi semasa, ada juga yang suka berkongsi apa yang mereka alami atau bercadang untuk lakukan. Mungkin ini antara faktor Twitter tercipta kot...
Macam aku sendiri, status aku pelbagai dan ikut mood dan keadaan. Kalau dulu aku gemar juga letak status yang berunsur emo, tapi sebab aku dah makin meningkat usia aku cuba kurangkan, hehehe.
Ok berbalik pada tajuk RM 1.20 tadi. Dalam pada aku usya-usya status di Y!M, ada satu status ni yang nampak biasa aje. Status berbunyi "mee hoon goreng bersama sambal...mmg terbaik~". Status ni telah membuatkan aku lapar, dan secara tak langsung mengimbau aku pada kenangan zaman sekolah menengah sekitar 1994-1998.
Teringat masa tu meehoon goreng/mee goreng/nasi goreng dengan telur mata dengan air sirap barulah RM1.20.
Mihun Goreng/Mee Goreng/Nasi Goreng = RM 0.50/pinggan
Telur mata = RM 0.40/biji
Air Sirap Ais = RM 0.30/gelas
Murahnya!! Makan pun kenyang. Namun begitu masa tu terasa harga itu agak tinggi sebab masa tu masih student, belum ada gaji atau income.
Bila kembali kepada realiti hari ni, apa yang boleh kita beli dengan harga RM1.20? Ada, masih ada barang atau makanan yang boleh dibeli dengan harga RM1.20 tapi adakah sama dengan dulu? Tidak rasanya. Nak buat macam mana, zaman berubah, harga pun turut berubah...macam baru-baru ni, teh tarik pun dah naik RM2.00 secawan, gila ke apa?
P/s: Kalau kat Megan Avenue II ni, RM1.20 boleh beli 2 ketul karipap aje :(