Cinta Sejati...
Sat, 9 Jan 2010
Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Kekasihnya setia dengannya walau apa jua berlaku. Lelaki itu sangat terharu dengan kesetiaan kekasihnya itu hingga berkata, “Saya berjanji akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat nanti.”

Suatu hari, ada seorang datang dan mendermakan matanya kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga seorang yang buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Lelaki itu sangat terkejut dan tak dapat menerima hakikat itu. Tanpa sebarang alasan, tanpa berfikir lagi lelaki itu terus menolak. Kekasihnya itu sekadar tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

diolah dari kisah @BicaraRomantik


P/s: Tersentuh dengan kisah ni. :(
View Archives | Back to Top