Rewind 2009
Tue, 5 Jan 2010
Untuk maju ke depan, orang selalu cakap "jangan menoleh ke belakang lagi, terus mara !" atau dalam english "no turning back". Tapi bagi aku ada kala dan ketikanya kita perlu juga sesekali menoleh ke belakang atau pada perkara yang dah lepas demi memperbaiki masa depan kita sendiri.

Macam tahunČ yang lepas, pabila menjelang saja tahun baru, aku akan buat sedikit review berkenaan tahun yang baru saja ditinggalkan. Bukan apa, sekadar titipan memori untuk hari mendatang juga untuk tatapan anda (kalau nak bacalah kan...) yang mana mungkin boleh dijadikan tauladan dan sempadan jua kenangan...

Jom rewind <<< zass!!!

Memoria 2009

Abah dan Mama selamat pulang dari tanah suci Mekah
Aku selesai paper terakhir di MMU.
Result keluar..aku grad akhirnya!
Updating portfolio and resume
mendaftar @ Jobstreet & Jobs Malaysia, pencarian kerja @ job hunting bermula...
Interview pertama
Memulakan hari pertama sebagai web designer. (30 Mac)
Hidup baru, dunia baru, semua baru
Perkahwinan rakan taulan, juga saudara-mara.
Kisah di parking lot...
Kembali ke pawagam selepas 10 tahun untuk Transformers 2
Persiapan untuk konvokesyen...
My CONVOCATION...diend of decade...
Bertemu semula...seketika
The Story of Uncertainty..began
Job's confirmation
Aku : the life and journey continue.

Kalau nak sebut pasal azam, tahun 2009 secara overall nya berjaya aku capai. Ada juga azam yang aku terpaksa discard atau buang terus atas sebab-sebab tertentu. Anyway, aku berpuas hati dan berazam untuk terus berazam dan mencapai azam baru.

Sekarang dah 5 hari kita semua masuk tahun 2010. Sebagaimana orang lain, aku juga mengaharapkan 2010 tahun yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan. My life must go on, my heart will go on and we all must go on. So live life to the fullest, bye-bye 2009, let's move 2010!
View Archives | Back to Top