Jom Cuti!
Wed, 23 Dec 2009
Bayangkan anda berada di pantai dengan pasir yang memutih, ombak beralun bagai irama, bayu lautan menyapa lembut di wajah...


Atau anda berada di nun puncak gunung, ditemani hawa dingin dan kicauan unggas liar...

Atau sedang bersiram di bawah pancuran air terjun yang dingin, menyegarkan. Dikelilingi hutan tropika yang mendamaikan...

Atau "lari" seketika ke dasar lautan. Meneroka alam baru dan penuh misteri. Menyelami dunia kebiruan dan mendamaikan...

*******************************************

Amcam? Boleh dibayangkan? Sempena hujung tahun ni, aku personally menyeru kita semua untuk pergi bercuti walaupun sekejap.Lupakanlah kerja-kerja tu seketika. Kalau nak ikut-ikutkan kerja, sampai bila pun tak habis. So, marilah sekali sekala kita ubah angin, ubah pandangan, ubah rutin. Jom habiskan cuti tahun. Jom melancong! Jom Cuti-Cuti Malaysia!


View Archives | Back to Top