Ho..ho! Dah 2 minggu aku tak blogging. Busy, emosi, takdak idea, hehe..well macam biasalah, alasan semata-mata.
Ok, last week hidup aku agak menarik sikit. Kenapa? Hmm..dari segi kerjaya atau career, adalah sedikit kelainan dari skop dan rutinnya. Walaupun tak banyak sangat perbezaan, tapi personally aku rasa banyak yang aku belajar daripada apa yang aku dah lalui.
Sejak aku confirm ni boss aku dah arahkan aku secara official untuk support Sales & Marketing Dept. (SMD) dalam apa jua bentuk bantuan yang diperlukan. Suka tak suka, nak tak nak kena lah buat. Tugas pertama aku dengan bebudak SMD ni, adalah promosi PG CallSaving dalam Megan Avenue II (MA2.)
Kalau ikut kata Big Boss, dekat Megan Avenue II ni aje, ada 180 company. Dari yang sederhana hingga ke multinational. Tapi dari pemerhatian aku dan bebudak SMD sebenarnya kat MA2 ni ada 200++ company bukan sekadar 180 saje. Pergh!
Makin bertambah kerja aku. Daripada design flyer, dengan promotion page sekarang kena follow untuk buat marketing pulak. Tapi takde hal lah. Menarik jugak ni.
Minggu lepas bermulalah kerjaya aku sebagai "salesman". Nak ikut-ikutkan segan ada, takut pun ada. Tapi lepas ikut strategi dan planning SMD, ada sikit keyakinan di hati ini. Kami bergerak dari satu office ke satu office...Tugas kami hanya perlu menyampaikan flyer, rate list dan application form ke semua office.
******************************
Kalau nak cerita satu persatu pengalaman kami rasanya terlalu banyak yang nak diceritakan. Secara kesimpulannya :
Sales activity selalunya dipandang rendah (atau hina) oleh hampir kebanyakan orang. Ni kerana tak banyak company di Megan Avenue II ni yang benar-benar menerima kedatangan orang seperti kami.
Sesetengah orang sememangnya mudah lupa dan bangga diri lagi-lagi bila dah mempunyai jawatan penting (macam Senior Manager atau sebagainya) dalam company atau organisasi. Bahkan ada yang memperlekehkan kami seolah-olah kami ni peminta sedekah. *Like I Care! thht!
Aku sangat respek dengan beberapa company yang boleh dikatakan "company besar dan sukses" kerana memberi peluang dan ruang kepada promosi kecil-kecilan seperti kami. Receptionist yang bertugas sangat professional menerima dan melayan kami dengan etika yang sewajarnya.
Dalam hal ni aku tabik dengan orang luar atau pun "Mat Salleh" sebab diorang lebih professional dan matang dalam mendengar dan menerima apa yang kami cuba sampaikan.
Last but not least, dalam aktiviti sale ni kaedah dan pelaksanaannya tak banyak beza dengan main DotA. Ada masa kena bergerak dalam group ada masa kena bergerak secara solo. Setiap individu ada keistimewaan masing-masing dan "Apa yang penting?"...."Kerjasama!" :D
OK, tu aje untuk kali ini. K thnx bye!~