Orang selalu tak suka ISNIN. Ada masa aku pun tak suka ISNIN. Rasa tak cukup puas bercuti 2 hari.
Tak puas berehat...
Tak puas tido...
Tak puas berjalan...
dan macam-macam lagi tak puasnya...
Tapi nak buat macam mana kan? ISNIN datang dan pergi bila sampai masanya. Tapi ada masa ISNIN, isn't that bad.
Betul...tak tipu! Macam pagi ni. Boleh dikatakan hari ni adalah hari yang sangat tak sesak jalan rayanya yang pernah aku lalui. Apakah? Tapi tu yang aku rasa dan aku lalui ok. Hari ni aku rasa sangat senang hati, bila pagi bermula dengan baik, jalan tidak jammed dan sampai ke ofis tepat pada masanya.
Cuma ISNIN yang ni, masih jauh dari hujung bulan. Bukan ISNIN yang menjanjikan gaji. Tapi tak apalah. ISNIN tetap ISNIN. Tanpa ISNIN tiada Selasa, Rabu , Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.