Touch n Go
Mon, 5 Oct 2009
"Lamanya tak update".

Ya saya, itulah teguran dari beberapa rakan dan pembaca blog. Bukan tak nak update, tapi paham-paham aje lah kan. Mood raya masih menebal tambahan pulak dengan kerja yang tak abis-abis.

So untuk mengupdate semula blog.orellex ni, aku nak cerita pasal Touch n Go. Ni betul punya, tak ada double meaning atau sebagainya.

Minggu lepas aku telah berpindah rumah ke Bangi. So, untuk ke tempat kerja aku yang terletak di KL ni aku terpaksa menempuh perjalanan yang lebih jauh daripada sebelumnya. Lepas aku mencuba beberapa laluan alternatif, aku dapat rumuskan aku boleh kurangkan kos bahan api sekiranya aku melalui beberapa jalan tertentu.

Tetapi, satu benda yang tak boleh dielakkan secara total adalah "TOL". Di mana-mana ada tol. Tol sana, tol sini. Pendek kata selagi ada jalanraya mesti ada tol.

Ada beberapa perkara yang aku tak suka pasal tol ni. Antaranya ialah:

- Ada tol = Kena bayar
- Kena beratur panjang especially di lorong tunai
- Masalah tak ada duit kecik masa nak lalu tol yang "kecik" (macam tol kat Mines), yang boleh menyebabkan orang lain marah sebab kena tunggu lama.

Atas sebab-sebab di atas yang sangat mengjengkelkan, sesampai aje aku dari Segamat pagi tadi. Aku terus beli kad Touch n Go dekat ofis PLUS (exit Kajang). Baru aku tau, rupanya kena register. Kena isi form. Ingatkan boleh beli terus macam beli topup handfon.



Jadi dengan rasminya, hari ni aku dah jadi pengguna Touch n Go dan dah pun menggunakannya. Memang mudah. Macam tagline dia "Life in the fast lane". Anda bila lagi?Hehe...


View Archives | Back to Top