Journey through the Decade - part 2
Wed, 26 Aug 2009
Aku duduk saja di rumah. Dari sehari ke sehari. Tekanan demi tekanan. Dari luar. Dari dalam. Dari semua arah.

Umur semakin meningkat. Usia semakin bertambah. Aku kesian pada Abah dan Mama. Impak dan kesan yang aku lalui turut menempiasi mereka. Tapi mereka tetap sabar. Masih percaya pada aku. Masih beri peluang pada aku. Masih mempertahankan aku. Meskipun ada masa, aku tau mereka sedikit sebanyak tertekan dengan apa yang terjadi pada aku.

Lebih menyedihkan, masa aku kena "kick" dari UiTM, masa tu betul-betul tengah bulan puasa. Ya...seperti sekarang. Ketika Ramadhan. 7 tahun lepas.

Tapi inilah hakikat. Inilah kenyataan dan takdir untuk aku... Ada orang kata kita boleh berusaha untuk mengubah takdir... Tapi bolehkah kita mengubah takdir yang dah tersurat dan berlaku, sebagaimana aku mengubah takdir yang ada di depanku ketika itu?




Fikirkanlah....

Tiada siapa yang sudi menerima kegagalan dalam hidupnya walau apa pun keadaan, begitu juga aku. Aapatah lagi kegagalan yang disebabkan orang lain.

"Tidak semua kegagalan seseorang berpunca dari dirinya sendiri....kadangkala ada orang lain yang menjadi penyebab utama.."

"Bila kita bertemu dengan orang yang gagal, janganlah dipandang kegagalannya....tapi pandanglah kepada penyebabnya..kerana penyebabnya boleh menjadi iktibar untuknya dan untuk diri kita dalam menempuhi hidup"

Aku memang kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi apa boleh buat. Dah jadi. Dah kena buang pun dari UiTM, bersama beberapa rakan yang senasib. Yang menjadi mangsa seorang insan yang kononnya cendekiawan tapi juga insan berhati hitam.

Kulalui Ramadhan tahun 2002 dengan perit, malu, hiba dan duka. Apa yang patut aku lakukan? Semakin jiwa terhimpit luka.

Aidilfitri yang bakal menjelma. Adakah akan seceria seperti selalu, atau...
View Archives | Back to Top