Itu memang kebenaran. Fakta. Tapi itulah hakikat dan realiti yang ditakdirkan untuk insan bernama aku.
1999-2000
10 tahun adalah masa yang sangat panjang. Macam-macam boleh dan sudah berlaku. Macam tu lah aku...
Lepas SPM, aku berjaya menyambung pengajian ke Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (UM) dalam aliran Sains Hayat.
15 Jun 1999 merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke UM. Melangkah dengan penuh keazaman untuk meneruskan kecemerlangan diri. Dengan tekad dan nekad. Untuk terus mara hingga berjaya menggapai segulung ijazah.
Kehidupan yang penuh suka duka dan cabaran. Hidup baru tanpa sempadan melainkan akal dan iman. Kegembiraan yang tidak seiring dengan tujuan.
Akhirnya membawa padah. Kegagalan demi kegagalan tanpa dirancang. Akhirnya kecundang jua.
Penyesalan. Kehampaan. Maaf, dah terlambat. Namun belum terlambat untuk memperbaiki apa yang perlu. Hidup mesti diteruskan. Yang lepas jangan dikenang lagi. Rancang apa yang bakal datang.
2000-2002
Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Benar. Itupun kalau kita berusaha. Berusaha memperbaiki. Jika tidak, tiada maknanya...Aku teruskan perjalanan hidup ini. Ternyata Tuhan mengerti apa yang kulalui. Masih memahami hati dan perasaan Abah dan Mama. Hadir peluang kedua.
Kali ni ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Dengan keputusan SPM yang aku ada, aku diterima ke program Diploma Sains Komputer.
Aku bersyukur dan berharap ini mampu menjadi turning point. Dengan permulaan yang lebih baik. GPA yang lebih meyakinkan. Aku terus mara, kali ni mengejar kejayaan menggenggam segulung diploma. Hidup semakin meriah. Kawan, lawan, cabaran, kegembiraan, kesedihan, cerita, kisah bersilih ganti.
Dalam pada semakin hampir aku menuju ke puncak, semakin besar dugaan. Cabaran mendatang. Aku cuba menghadapinya dengan sabar dan tabah. Aku cuba atasi apa yang mampu. Aku tangkis segala serangan mental dan emosi.
Namun yang pasti, bila keadaan tak menyebelahi, nasib tak memihak. Kecundang jua pastinya. Itulah yang berlaku. Terima kasih Dr.A****. Terima kasih kerana fail kan aku. Syabas UiTM kerana mempunyai pensyarah yang sangat beremosi,bias dan berhati busuk.
Well, kena "kick" lagi...
Rentetan....
Maybe anda tertanya-tanya tentang statement tu. Tapi tak apalah, yang lepas tetap lepas. Apa yang aku harapkan, tiada siapa lagi yang jadi mangsa orang yang busuk hatinya.
Life aku diteruskan. Ya, ibarat sampah. Lumrah manusia. Bila berjaya disanjung, bila gagal di"pasung". 2 kali dibuang Universiti.Bukan satu perkara yang biasa. Bukan sesuatu yang dibanggakan. Masih relevankah "Gagal sekali, tak berti gagal selamanya". Bagaimana kalau gagal 2 kali?
Nak ikut-ikutkan aku memang tak suka kalau nak mengenang memori ni. Tapi sebabkan aku rasa aku perlu, coretkan memori ni secara menyeluruh. Aku kena teruskan.
Bayangkan, kalau anda ada di tempat aku? 2 kali kena buang U. Kebanyakan kawan-kawan, mula pandang rendah. Ada yang buat tak kenal. Saudara mara ada yang dah mula mengata. Orang kampung kerap berpura-pura tanya "belajar mana? bila abis?". Sinis. Berbaur perli. Hina. Bermacam-macam lagi yang aku hadapi. Hanya Tuhan yang tahu.
Namun aku masih bersyukur. Sykur sebab, walaupun "seluruh dunia" memandang aku. Mentertawakan aku. Mengejek aku. Tapi aku..Aku masih ada Abah, Mama, Adik dan orang yang faham dengan keadaan aku. Masih ada insan yang cuba menyokong, membantu walau hanya dengan sepatah dua kata. Doa dan moral.
Aku hanya tinggal di rumah. Buat apa yang patut. Tolong apa yang perlu. Sambil memikirkan, masa depan yang kelam, kabur, tanpa arah, tak berpenghujung....