3 hari dah berlalu. Aku masih keliru. Terkelu. Buntu. Tiada lagi Thida yang dulu.Hmmm. Aku tak tahu. Makin tak tahu.Hari yang kulalui tidak lagi ceria. Hambar. Pudar. Tiada lagi senyuman. Tiada lagi kegembiraan. Bahkan mungkinkah tiada lagi..harapan. Tapi aku masih percaya, yakin dan terus yakin. Semua perkara yang terjadi ada alasan. Ada sebab. Ada musabab. Tak kiralah baik atau buruk.
Dalam pada aku termanggu, terpuruk rasa ingin mati. Aku terfikir. Terlintas di fikiran. Terdetik di hati. Ya. Aku mesti tau. Aku perlu tau. Mengapa? Kenapa? Terjadi semua ini. Tapi mampukah? Ada beranikah? Atau tak payah! Bermacam-macam respon, pandangan. Namun keputusannya, di tangan aku.! Ya, aku! Bukan sombong, jauh sekali bongkak. Tapi, aku yang mulakan dan sekiranya, terpaksa...Aku jua akan akhirkan...