'Lain' - part 5
Fri, 31 Jul 2009
Prinsip hidup aku, bila bangun pagi, elakkan daripada moody. Kawal emosi. Muka - jangan ketat. Tapi ada masa, terpaksa juga ketat. Maybe sebab masalah. Atau sebagainya.

Itulah prinsip. So macam biasa. Bila Isnin. Minggu baru. Hari baru. Aku bangun pagi. Mengantuk. Bersiap. Ke Ofis. Of kos antara venue-wajib-lintas , BdC. Tapi hari ni, lain. Ya. Sangat lain. Ada aura yang kurang enak.

Aku menghampiri. Semakin menghampiri. Ya, Thida ada. 'Kamal' pun ada. Tapi...Thida seakan tiada. Kenapa? Hilangkah dia?

***********************************

Aku menghadap skrin laptop. Mata di Facebook. Fikiran entah ke mana-mana. Hati pelik tak terkata. Kenapa dengan Thida? Lain, berbeda.

Kak Niza, Farah turut tertanya-tanya. Kenapa dengan dia? Tidak ceria, pudar, dan paling ketara - ketat. Aku diam. Tiada jawapan. Tiada huraian. Tapi terfikir. Mungkinkah aku. Aku puncanya. Aku sebabnya. Tiada lagi senyuman. Bahkan berpaling. Berpaling bila aku muncul.

Esok masih ada. Biarlah esok berbicara. Aku kembali. Kembali dengan rutin. Kerja. Ofis...dan BdC. Aku lihat Thida. Di kaunter. Aku cuba untuk senyum. Tak sempat. Dia terus berpaling. Tanpa kata, tanpa rasa. Apa ni? Apa ni?

Argh, aku semakin hairan. Siapa yang dia nampak? Aku atau bukan aku? Ya, dia nampak aku. Perlakuannya seolah. Dia lihat aku, tapi bukan aku. Keliru aku. Anda?

Tiada lagi senyuman, tiada lagi kegembiraan. Semua tiada. Yang ada cuma, Thida. Thida yang lain. Bukan yang aku selalu nampak. Tersangat lain. Lain dari biasa. Sampai bila? Adakah ini finale nya? Kisah ini? Aku tak tau...


View Archives | Back to Top