'Oh...ok' - part 4
Wed, 29 Jul 2009
(Jumaat) - Aku lewat ke ofis. Sesampai di parking lot. Ada call. Kak Niza. Katanya ada discussion urgent! OK. Aku terus berjalan. Meninggalkan 'bumble bee' ku di parking lot. Terus berjalan. Sampai ke Megan Avenue II.

Seperti biasa. Seperti hari sebelum. Aku perlu melintasi BdC. Semakin hampir. Dekat. Ya. BdC. Kelihatan Thida. Berbaju belang. Merah kelabu, dengan perkataan L.O.V.E. Tapi....

Tapi wajahnya, ekspresinya. Sangat lain. Kian berbeda. Tak gembira. Tak mesra dan tak seperti dulu. Kenapa? Aku tak tau. Ah,mungkin mood kurang baik. Aku terus naik. Naik ke ofis.

Pagi tu, berdiskusi secara urgensi. Bersama Kak Niza, Harun dan Farah. Berkenaan dokumentari. Idea demi idea. Selesai. Kesimpulan dicapai. Aku?
Ya, kena lukis storyboard untuk itu. Tak apa. Aku terima.

Lepas Jumaat aku terus mula. Dengan pantas sehingga tuntas. Tapi, yang kurang bestnya. Bila dapat tau meeting bersama Boss dan BIG BOSS = CANCEL! Thht! Tapi ok. Kerja siap.

Hari dah petang. 6.40 petang. Turun ke BdC. Macam biasa. Nak minum. Nak lihat. Lihat Thida. Tapi hati mula berbicara. Tak sedap rasa. Kenapa? Biarkan saja. Ku turun jua. Ku masuk, duduk. Thida tunduk. Pelik.

*******************************

Selesai minum. Terasa aura. Aura tak bagus. Tapi aku buat tak tau. Niat hati kali ni. Mesti aku berbual lagi dengan Thida. Walau hanya sepatah dua kata. Aku ke kaunter. Bayar. Thida di sana. Bersama wajah kurang ceria. Aku bertanya. Kenapa seperti berduka? Sekadar senyuman pahit. Hmmm...Balance dikembalikan. Aku dengan super-spontaneous-nya terus...terus bertanyakan no fon nya, sambil menunjukkan isyarat tangan...

Dia menggeleng dan terus berpaling. Aku, terpaku terkesima sesaat dua. Dia berpaling semula ke arah aku, sambil "Thank you.."... Aku terus berlalu.

Keluar dengan hati yang lemah, langkah yang salah. Aduh!
View Archives | Back to Top