'Start dan teruskan...' - part 2
Mon, 20 Jul 2009
Hari ni bangun awal, siap awal, ke ofis awal.Dari jauh nampak 'Lisa' berdiri tepi pintu. Pintu BdC. Aku makin hampir. Dia masih ada. Dia senyum. Aku senyum kembali. Aku - "Hai" . 'Lisa' - Semakin senyum. Aku gembira. Melangkah pantas ke lif. Naik tingkat 12. Zuss!! Pintu lif terbuka luas. Pintu ofis masih tertutup rapat. Tak ada orangkah? Nandakorewa?

Aku turun semula. Duduk port biasa. Tengok orang, tengok air pancut, tengok pokok. Redup dan nyaman. Panorama Megan Avenue II. Jam menunjukkan 8.40 pagi.Tapi mana Kak Niza? Mana Harun? Aku terus tunggu. Tunggu dengan lapar. Sambil lapar, sambil pikir. Malas nak pikir lagi, terus masuk BdC. Kali aku duduk bahagian dalam.Betul-betul menghadap kaunter. Tak macam hari tu, duduk luar. Macam biasa 'Lisa' datang bawak menu. Rasa macam nak minum aje. Tapi bila 'Lisa' tanya "Breakfast?". Aku pun terus order nescafe dan roti bakar. 'Kamal' letak nescafe di meja. Muka agak ketat.Terus berlalu.

Kurang sedap. sukatan tak balance.'Lisa' datang bawak roti bakar kaya. Boleh tahan sedap, hehe.
Sambil makan sambil usya. Kali ni crystal clear. Sesekali dia pun toleh dan senyum. Terasa nak panggil dia. Nak bertanya. Sementara line clear. Tapi tidak. Not yet. 'Kamal' kembali dengan breakfastnya. Kali ni dengan kawannya 'Karim'. Mereka bersembang. Kemudian muncul 'Auntie' dan 'Hessam'. Cukup Korum. Mereka berbual-bual. in English, tapi pelbagai slang. Customer cuma aku. Aku duduk situ, aku dengar aje. Dengar aje mereka berbual. Memang 'Lisa' bukan Melayu mahupun Indonesia. Aku terus makan. Minum. Selesai.

Jam sudah pukul 9.05. Mana diorang ni? Cuti kah? MC kah? Nescafe aku dah abis, roti juga abis. Tekak masih dahaga. Yang ada cuma 'Lisa'. Aku melambainya. Dia datang.

Aku : Can I have a glass of plain water?,
'Lisa': Yes.

Dia kembali dengan segelas air.

Aku : You are chinese or korean?,
'Lisa' : No, I'm .......


Gambar Hiasan


Aku terkejut terus tersenyum. Dia pun senyum sambil berlalu. sambil meneguk plain water itu, sambil menunggu. Mana Kak Niza? Mana Harun? Selang beberapa ketika. Kak Niza lalu. Menoleh ke dalam. Terkejut. Terus masuk dan duduk depanku. 'Lisa' datang membawa menu. "No, thanks" kata Kak Niza. Tegukan terakhir aku habiskan. Kak Niza keluar. Aku ke kaunter.Bayar.

Aku : I thought you are chinese or korean...
'Lisa' : (*Senyum) No. I'm ........
Aku : May I know your name?
'Lisa' : Tija..
Aku : T.I.J...
'Lisa' : T.H.I.J.A
Aku : Ooo, ok. Your name like Malay name...
'Lisa' : (*Senyum) Thank you...
Aku : You are welcome.

Aku dengan Kak Niza pun terus berlalu ke lif. Masa tu dah 9.30 pagi. Sangat lewat. Report belum hantar. Blog mesti di update.


P/s: No more 'Lisa', now is Thija :)
View Archives | Back to Top