30 - 2 = 28
Mon, 8 Jun 2009
Yea!! Betol la tu! Aku dah 28 tahun sekarang. Genap pada 5 Jun yang lepas. Syukur sebab Tuhan masih bagi peluang bernafas dan bergerak dan masih teruskan segala nikmat yang sedia ada pada aku. Alhamdulillah.

Thanks kepada semua yang ingat dan wish kat aku, tru sms, friendster dan paling ramai kat facebook (sebab ada reminder...). Bagi aku walaupun seringkas mana pun wish anda semua, aku tetap appreciate dan rasa gembira.

Kalau tengok title, 30 - 2... Kenapa? sebab aku rasa sampai masa aku perlu betul-betul serius dengan hidup aku sendiri, lebih matang buat keputusan dan lebih efisien dalam tindakan.Sebab tu aku highlightkan "30". Ye betul, Selama ni aku memang kurang serius, dan ada masa aku take life for granted sahaja. Lagi-lagi kalau nak imbas balik masa study life. Aku dah habiskan masa 10 tahun untuk study di U, 10 tahun tu! Memang panjang, even mereka yang sama batch yang amik kos medic pun dah lama jadi Doktor, sedangkan aku barulah nak abis study dan mulakan life pada usia 27++.

Aku tetap bersyukur sebab, Tuhan masih izinkan aku habiskan study. Oleh sebab tulah aku rasa, sekarang masa yang sesuai untuk membentuk hidup baru dan lebih bermakna. Perkara lepas, biarkan lepas jadikan sebahagian daripada memori hidup.

Kalau nak ikutkan, kita tak mampu nak "tutup" mulut semua orang. Kita buat baik ke jahat ke orang tetap mengata. Bagi aku, apa yang aku buat demi aku, family dan orang yang sentiasa yakin pada aku. Lain-lain, boleh k thnx bye!

Hidup kena ada revolusi, kalau tak serupa la macam makanan basi - wujud, tapi tak boleh dimanfaatkan bahkan menjadi gangguan.

P/s: - Sorry kalau teremosi...sekadar coretan hati dari seorang Jejaka Gemini..(hahahaha)
View Archives | Back to Top