Kisah di parking lot...
Wed, 27 May 2009
Semalam aku balik kerja macam biasa lepas pukul 6. Sebab tak ada apa-apa plan yang menarik aku pun lepak minum dengan member sampai dekat maghrib. Then aku pun balik terus ke rumah.

Sampai aje kat parking lot area rumah sewa aku tu, aku tengok side A (yang dekat dengan blok rumah)dah penuh, so aku ke side B yang mana kurang digemari sebab kelihatan suram dan seram dek pokok-pokok besar dengan curam di belakangnya. Tapi aku takde choice lain, lagi pun aku pikir baru pukul 8 masa tu. Masa aku reverse kereta sambil pandang belakang, aku nampak ada 1 gadis ni duduk sorang-sorang. (kat belakang kereta yang diparking sebelah kiri kereta aku).

Mula-mula aku pikir maybe dia tunggu bf dia ke atau kawan ke. Dalam pada aku bz nak bawak keluar barang dengan beg laptop sempatlah aku usya dia. Boleh tahan jugak awek ni, getus hatiku. Putih orangnya, agak tinggi dan mempunyai rambut yang panjang dan lurus. Tapi yang menjadi pelik kenapa wajah dia macam orang yang bersedih. Macam baru lepas menangis pun ada!.


Seram dan suram...


Then dalam masa yang sama, aku terhidu bau wangi. Erk! Aku tak sedap hati. Aku mula terpikir pasal "benda lain". Tanpa banyak bunyi, aku pun terus beredar dari situ. Agak-agak 20 tapak aku baru bergerak, aku baru sedar yang hanfon aku pulak boleh tertinggal atas dashboard kereta. Thuuhh! Adui...aku pun pergi balik ke kereta nak ambik fon aku tu. Sambil tu aku usya lagi gadis itu. Kali ni aku memang nampak wajah dia dengan lebih clear. Dia memang dalam keadaan sedih dan hiba. Tapi disebabkan rasa seram sejuk yang dah menguasai diri. Aku chow terus.

_________________________________________________

Sesampai aku di rumah, aku tengok hosmet aku tengah nyenyak tido. Sorang lagi lom sampai lagi (dating...kot).

Lepas mandi manda, aku still terpikir pasal awek tu? Bukan sebab dia cun ke apa..tapi sebab kenapa dia ada kat situ pada waktu macam ni. Kali ni aku dah tak pikir sangat pasal "benda lain" @ hantu. Tapi aku lebih kepada nak tau. Kebetulan aku teringat yang aku lupa bawak naik air mineral, so aku jadikan alasan untuk ambik botol air mineral tu sebagai alasan utama untuk kembali ke parking lot. Aku melangkah dengan harapan gadis misteri tu dah tak ada....


Parking lot yang dimaksudkan


Harapan dan sangkaanku ternyata meleset sama sekali. Awek itu ternyata masih di situ, di tempat, di spot yang sama! Hmmm...aku ambik botol air mineral aku. Then aku lock kereta aku. Tapi kaki aku macam tanak bergerak. Lepas dekat seminit aku terkesima, akhirnya aku buat keputusan nak tegur awek itu.

Aku: Dik, tengah tunggu orang ke?
Awek Itu: Tiada jawapan sambil geleng2 kepala.
Aku: Buat apa kat sini?
Awek Itu: Tiada jawapan sambil tundukkan kepala.
Aku: Ada masalah ke ni?
Awek Itu: Senyum, pandang tempat lain, sambil cabut anak2 rumput..


Perasaan takut dah bertukar geram sebab tindakan awek tu. Tapi aku cuba cool dan bertenang. Aku pun duduk sebelah awek tu. Dia pun tenang aje aku tengok. So aku pun sambung lah tanya soalan-soalan macam polis kaedahnya. Aku tanya nama, rumah kat mana, dan sebagainya. Majoriti jawapan dia.."adalah..". Aku dah mula nak naik marah, tapi cool lagi. Dalam pada tu aku still terpikir, dia ni betul ke orang atau bukan orang? Lagi-lagi bila aku senyap, dia pun senyap. Sampai tahap aku terbayang scene dalam movie, yang mana kononnya aku ni tengah cakap sorang sebab aku aje yang nampak awek itu orang lain tak nampak!


Di sinilah tempat awek itu duduk...


Tapi dengan gelagat dia yang makin mencurigakan, aku semakin hilang sabar dan semakin curious! Sesekali dia kelihatan macam orang yang tengah high, tapi ada masa macam orang yang normal. Siap boleh tanya aku tinggal kat mana? dengan siapa?

Aku terus "siasat" awek tu. Terasa macam CSI pun ada. Last-last aku hampir give up, ajak makan tak nak, aku nak hantar balik dia tak nak. Aku bajet dah nak chow aje, aku pujuk dia, aku kata dah pukul 8 lebih ni. Takkan nak duduk kat situ aje. Tiba-tiba dia macam excited tanya waktu tu. Aku cakaplah dah pukul 8 lebih. Then dia pun mula bersuara, katanya dia dah beli tiket nak balik Kelantan. Aku pun tanya, kenapa dia kat situ lagi sedangkan tiket dia pukul 10. Masa tu dia kembali membisu. Dari wajah dia, memang dia macam nak luahkan sesuatu tapi macam ada sesuatu jugak yang mengahalang.

Aku cuba "siasat" lagi, kali ni lebih "slowtalk" tapi tegas (ala-ala Horatio Cane, CSI Miami). Nampak macam ada hasil. Dia kata dia praktikal kat hospital somewhere in Kota Bharu, dan weekend yang lepas dia datang KL jumpa kawan. Then aku tanya la, mana kawan dia? dan kenapa dia duk sorang-sorang kat situ? Dia senyap balik.

Dalam kepala aku, aku rasa aku kena panggil hosmet aku. At least kena tolong dia mana yang mampu. Dalam aku tengah pikir apa nak buat dalam situasi tu. Tiba-tiba muncul 1 mamat naik skuter. Awek ni terus meluru ke mamat tu macam nak tanya sesuatu. Aku berkira-kira, mesti mamat ni yang dia tunggu-tunggu. Aku pandang mamat yang baru sampai tu, dan dia pun pandang aku. Tapi dia berkelakuan macam aku tak ada kat situ.

Bila macam tu, aku pun rasa baik aku chow. Sambil tu aku tengok mamat tu cakap sesuatu kat awek tu sambil tunjuk-tunjuk pada satu van yang ada kat hujung parking lot tu (Selang 3 kereta daripada kereta aku). Bila aku toleh kat van tu, aku nampak ada orang yang berwajah agak ganas kat seat driver. Aku rasa tak sedap hati, aku mula terpikir macam-macam possibilities. Apakah awek tu mangsa sindiket dadah, atau dia sememangnya telah tertipu dan bakal dijual pada sindiket "jual manusia"? Wallahua'lam.

Basic instinct aku terasa maybe aku dalam bahaya. Aku pun terus masuk ke blok flat aku menyewa. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Apa jadi pada awek tu, aku pun tak tau. Aku cuma harap dia selamat...

Sampai saat aku taip post ni, aku sangat berharap yang perkara tak baik aku pikir pasal nasib awek tu tak berlaku. Seandainya perkara tu betul-betul berlaku, aku terasa sangat bersalah pada awek itu dan diri aku sendiri.

P/s: Starting misteri, ending pun misteri
View Archives | Back to Top