Biskut Marie..
Thu, 19 Mar 2009
Baru-baru ni aku ke satu supermarket untuk melakukan sedikit shopping. Sedang memilih barang yang nak dibeli aku terpandangkan biskut marie. Aku pun ambil satu pek masuk dalam troli.

Kalau anda tak pernah makan atau kenal pada biskut ni apa kata bila anda ke supermarket atau kedai yang berkaitan, cari biskut yang ada tulis "Marie" pada pek dia. Hehehe..

Biskut ni manis, dibuat dari tepung, gula, minyak sayuran dan vanilla. Biskut ini bulat bentuknya dengan perkataan "Marie" terukir indah di permukaan sebelah atas manakala bahagian tepinya juga turut dihiasi corak tersendiri yang menyerlahkan identitinya.




Biskut Marie memang dah terkenal sejak dulu lagi di seluruh dunia sejak ia mula tercipta. Bagi aku sendiri, aku dah mula makan biskut Marie ni sejak usia aku 3-4 tahun. Masa tu boleh dikatakan biskut ni memang makanan kegemaran aku. Paling best kalau dicicah dalam air Ovaltine atau Teh-O.

Kalau nak ikutkan sejarahnya, biskut Marie ni dicipta oleh seorang pembuat roti berbangsa Inggeris, Peek Freans di London pada 1874 sempena memperingati perkahwinan Grand Duchess Maria Alexandrovna of Russia dengan Duke of Edinburgh. Ia kemudiannya semakin popular di seluruh Eropah, terutama di Sepanyol. Ia menjadi simbol pemulihan ekonomi Sepanyol selepas Perang Saudara Sepanyol akibat penghasilannya secara besar�an hasil dari pengeluaran gandum yang berlebihan.

Sehingga kini biskut Marie masih terkenal hampir di 30 buah negara termasuk di Malaysia sendiri.

P/s: Sumber dari Internet. :)
View Archives | Back to Top