Animals' Planet
Thu, 12 Mar 2009




Cuaca petang tadi agak baik dan menarik. Aku cadang nak basuh kereta tapi air pulak tak ada. Aku pun menyapu dedaunan kering kat belakang rumah aku dan terus bakar sekali supaya tak disepahkan semula dek ayam-ayam yang memang port kat situ.

Lepas aku setel kerja semua, Abah aku yang memang ada kat reban ayam berdekatan pun panggil aku sebab nak tunjuk anak-anak ayam yang baru menetas pagi tadi.



Tadaaaa! Meet my 1-day-old-chicky. Kecik² dah pandai jadi model.Hehehe.



Disebabkan mendapat kerjasama yang bagus dari chicky² tu, mood aku untuk shoot haiwan² yang ada kat area rumah aku makin bertambah. Aku pun terus ke tepi pagar, port lembu² Pak Teh aku melepak sambil tunggu diberi makan.



Kiri: Putih (Betina)- Pantang nampak orang datang dekat, tau nak mintak makan aje. Kanan: Putih (Jantan)- Cool tapi Brutal..



Ada 13 ekor semuanya, termasuk 2 anak lembu. Kemudian aku sambung pencarian aku, sehinggalah aku terjumpa kucing kesayangan aku, Oligo! Bukan main relax dia. Bersantai dekat anjung rumah sambil menghirup udara segar petang desa nan permai.



Meet my Oligo @ Oley - Manja masa lapar, eksyen bila dah kenyang...



Itulah antara haiwan yang ada di dalam kawasan rumah aku. Oh ya, aku lupa. Selain yang ada ni, ayam belanda dan itik pun ada jugak. Tapi malangya masa aku shooting tadi, ayam belanda aku tu,Blan dan itik aku yang bernama Berbatov (putih) dan Gallas (hitam) hilang tah kemana. Tak dapat lah nak shoot.

OK, setakat ni aje sesi Animals Planet bersama aku, chiow!~

View Archives | Back to Top