Bayangkan anda sedang makan sate, nasi lemak, nasi briyani atau sambal belacan. Fuhh layan jugakkan kalau time macam ni dapat pekena menu-menu tadi tu, hehehe.
Tapi! Ok, stop bayangkan...cukup, cukup, hehehe.
Sedar tak sedar, dalam keempat-empat menu ni ada satu persamaan. Apa tu? Persamaan yang nak highlight kan kat sini adalah ketiga-tiganya mengandungi timun sebagai pelengkap. Ya, TIMUN!
Sejak kecil lagi timun memang tergolong dalam kategori sayur yang Aku memang tak gemar. Penat mak aku menggalakkan, menyuruh bahkan memaksa Aku makan timun tapi aku sangat degil dan tak nak makan. Timun, bawang, taugeh - TAK NAK!
Tapi segalanya berubah lepas aku ada terbaca satu artikel di satu majalah yang mengatakan "makan timun ketika makan sate mampu mencegah barah yang diakibatkan oleh arang". Sejak dari tu persepsi aku tentang si timun ni mula berubah. Haa..amacam?
Cerita pasal timun ni, orang kata ia antara ulaman yang sangat berkhasiat. Macam kata seorang saintis tempatan yang mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Penggunaan timun sebagai makanan kesihatan juga sangat digalakkan dalam rawatan tradisional Cina, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.
Selain itu timun bagus untuk mengatasi dan merawat sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk, membantu merendahkan tekanan darah, menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.
Ni satu berita baik untuk orang yang nak kurangkan berat badan. Ada petua menyarankan individu yang hendak kuruskan badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan (kena try ni..hehehe).
Tapi kena ingat, timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan (hoh! ape kes ni?).
Haa...banyak tu kebaikan timun, ni baru kebaikan yang diperolehi menerusi laman-laman web, belum lagi secara lisan dari orang-orang tua yang berpengalaman. Apapun aku sekadar berkongsi info, mana yang baik kita terima, yang tak baik atau meragukan kita tolak atau rujuk pada yang pakar dalam hal ni.
Terima kasih kerana sudi membaca ;)