Terima kasih...
Sat, 21 Feb 2009
Petang tadi aku ke pasar minggu kat bandar Segamat. Macam biasa aku dengan adik aku akan beli macamĀ² barang dan makanan, hehe.

Dalam keghairahan membeli dari satu gerai ke satu gerai (tanpa memperdulikan kegawatan ekonomi), aku mula terasa yang berlaku kekurangan dalam urusan jual beli atau akad.

Baru aku sedar yang hanya segelintir kecil peniaga aje yang mengucapkan terima kasih setiap kali lepas urusan jual beli.

Mungkin bagi setengah orang, perkara ini dianggap biasa dan standard zaman sekarang, "apa barang nak cakap terima kasih ni, tak rock laa". Tapi bagi aku tidak, dan tak sepatutnya berlaku sampai bila-bila. Ini kerana :-

1.) Ucapan terima kasih adalah sebahagian daripada akad atau perjanjian/persetujuan dalam sesebuah urusniaga.

2.) Mengucapkan terima kasih kepada orang lain sama tarafnya dengan ucapan syukur kepada Allah S.W.T

3.) Ucapan terima kasih melambangkan ketinggian pekerti seseorang terutama dalam perniagaan dan apa jua urusan. Sekaligus mengeratkan lagi hubungan sesama peniaga dan pelanggan seterusnya menambahkan kerbekatan dalam setiap usaha yang baik.

Bukan niat nak berceramah atau berkhutbah, cuma sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kita semua.

Terima kasih kerana membaca ya! :)


View Archives | Back to Top