Beberapa hari sebelum hari raya...
Thu, 25 Sep 2008
2 hari lepas bersamaan seminggu sebelum raya, macam biasalah Mama aku dah mula beli bahan-bahan untuk buat kek dan biskut raya. Macam˛ bahan yang ada termasuk tepung, mentega, gula, dan telur (kalau nak tulis semua baik aku bagi aje resepi lagi senang, hehe).

Untuk raya kali ni Mama aku dah beli 1000 biji telur untuk membuat kek lapis dan biskut. Tak pernah aku tengok Mama aku beli telur sebanyak ni. Katanya tahun ni tempahan kek lapis antara yang paling tinggi dari regular customer termasuk yang baru.




Ni adalah sebahagian 1000 biji telur yang ada di rumah aku.


Sejak semalam, rumah aku sentiasa diselubungi aroma harum dan melaparkan dari kek lapis yang dibakar Mama. Tapi bagi aku, tak jadi masalah sangat sebab aku dah biasa dengan keadaan ni seja kecil lagi. So, no hal, hehe.





Kerusi plastik yang sudah dicuci.


Pagi ni, macam biasa lepas sahur aku terus solat subuh dan online sambil siapkan kerja˛ web aku. Sampailah pukul 7 lebih tadi bila Abah aku mula mop bahagian dapur rumah aku. Masa tu aku tetiba datang mood nak buat kerja rumah.

Lepas Abah pergi kerja, aku pun mula mop anjung rumah sehingga bersinar (ewah!). Dua-dua anjung rumah aku mop, dah alang˛. Lepas tu kerusi˛ plastik yang dah lama tak bercuci, aku basuh sekali.




Sebahagian daripada anjumg rumahku yang kelihatan berseri :).



Seronok juga buat kerja rumah waktu pagi sambil disinari mentari pagi yang terbit di ufuk timur. Bila dah selesai aku tengok Mama aku tersenyum sebab hari ni anak lelaki dia tiba˛ jadi rajin. Aku pun puas hati sebab aku tau dia happy dan konfem hari ni dia tak suruh aku buat kerja lain lagi (hehehe).
View Archives | Back to Top