Panas
Sat, 20 Sep 2008
Semalam dan beberapa hari lepas sememangnya terisi dengan dugaan cuaca yang sangat panas. Ditambah pula, semalam boleh dikatakan sebagai satu hari yang produktif bermula pagi hingga tengahari.

Bermula dengan melawat jenazah atuk sedara aku (Al-Fatihah) diikuti dengan pergi berjumpa client dan diakhiri dengan ke masjid untuk solat Jumaat. Berpayungkan sinar mentari terik menjadikan aku lebih cepat "kering". Hasrat hendak keluar semula pada sebelah petang terpaksa dibatalkan kerana aku terasa seperti seluruh badan mengalami dehydration yang melampau (rasa macam nak pengsan pun ada).






Namun begitu aku bersyukur kerana di sebalik dugaan sebegitu timbul rasa insaf di sudut hati yang menghala kepada objektif berpuasa itu sendiri, sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
View Archives | Back to Top