Opening Entry (lepas 3 bulan down)
Mon, 25 Aug 2008
Sebenarnya macam˛ perkara dah berlaku sejak aku habis FYP hari tu. Hidup yang pada mulanya penuh dengan ketenangan dan kedamaian semakin meriah dengan kedatangan Musim Durian 2008. Sebagai warga kampung yang tinggal dia daerah Segamat, sudah pastinya musim ni antara event yang ditunggu˛. Ditambah lagi musim kali ni aku memang melepak aje kat rumah maka bertambahlah "heaven"nya.

Macam season˛ yang lepas, Abah aku memang in-charge dalam hal kutip-dan-jual durian dari kebun pakcik dan makcik aku termasuk kebunnya sendiri.Untuk season 08 ni, since aku pun masih menganggur, maka aku pun turut membantunya menguruskan hal ni. Senang kata ni 1st time aku betul˛ buat kerja ni.

Sebagai newbie atau noob, mula˛ memang agak susah, letih, panas dan sebagainya. Tapi bila memikirkan income dan experience yang menyeronokkan, terlupa segalanya. Ringkas cerita, aku berjaya menjadi penjual durian yang berjaya dan sebagai habuannya dapatlah sikit upah, hehe. Oh lupa pulak, sepanjang musim durian ni, ada beberapa member aku datang melawat. Thanks Ken & Kuza, Kai & family. Sambil melawat sambil makan durian.





TU kisah yang best. Tapi bila dah nak sampai hujung season, sesuatu yang tak best berlaku. Mama aku tiba˛ kena demam teruk. Lepas pergi klinik, Mama aku disahkan dihinggapi demam Chikungunya. Aku jadi panik dan risau, begitu juga Abah aku.
Keadaannya sangat tak bermaya. Kalau nak tau pasal demam ni klik link ni.

Tak lama lepas tu, adik aku pulak call, cakap dia dimasukkan ke Hospital Serdang sebab diserang DENGGI. Aduh! Dugaan sungguh. Merasa gak aku tido hospital sebab nak temankan dia. Syukurlah Hospital Serdang ni tak macam hospital kerajaan yang lain. Layanan dan servisnya agak lebih baik dan mesra. Ni ikhlas dari sudut hati aku.

Baru adik aku nak beransur baik, Abah aku pulak kena Chikungunya. Fuhh! Allah Maha Besar. Sekali lagi dugaan....Diikuti dengan kucing aku, Oligo. Dia pun boleh jugak nak demam sekali.





Alhamdulillah, di saat aku taip entry ni, Semua orang dah kembali sihat. Adik aku pun dah balik semula Bangi. Abah dan Mama pun dah semakin pulih dan bertenaga.Termasuk Oligo, heheh.

Inilah sedikit sebanyak yang aku boleh share kan kepada dunia tentang hidup aku dewasa kini. Anggaplah ni sebagai opening entry lepas server down 3 bulan.

~SELAMAT!
View Archives | Back to Top