So tadi, tengahari aku, Ajis dan Xua pergilah hantar dia ke Puduraya KL sebab dia dah nak balik Segamat semula lepas register semester baru kolej dia.
Lepas lunch, kami berempat pun terus gerak ke KL. Kali ni kami plan nak ikut highway baru dari Putrajaya (KL-Putra Highway)yang dikatakan sebagai laluan yang cepat dan sangat efisien untuk ke KL.

Diringkaskan cerita, kami tiba di penghujung highway iaitu di Bulatan Kg. Pandan. Kami jadi sedikit blurr. Macam mana nak ke Puduraya? Kami saling berpandangan dan senyum antara satu sama lain. Akhirnya perjalanan yang sepatutnya tak lama, menjadi sangat lama disebabkan kami sedikit tersesat. Tapi syukurlah destinasi yang dituju kunjung tiba jua akhirnya.
Lepas meninggalkan adik aku di Puduraya, Ajis memberi satu idea spontan untuk ke Equine Park (S.K). Kami pun bersetuju saja tanpa banyak bicara. Kami melepak pula di Jusco SK sambil bershopping ala kadar.
Kami pun pulang semula ke MMU menjelang jam 6 petang. Dengan penat dan gembira. Sepatutnya kami bertiga berDOTA, malangnya pc aku kena virus dan bermasalah. Terpaksa aku hold dulu DOTA buat sementara waktu.
.................
Jam baru 8.30 malam. Baru aku teringat, hari ni 30 April! Sepatutnya malam ni kami bertiga ada dinner-date. Tapi orang yang berjanji belum call lagi. Kami bajet macam tak jadik aje. Tapi dalam pukul 8.50 Cik Lynn call aku, setup tempat dan masa. Kami pun bersiap dan terus ke SK sekali lagi. Kali ni ke MCD pula.

Banyak jugaklah benda yang kami sembang dengan Lynn yang dah 3 tahun bertugas sebagai cabin crew MAS. Kami seronok bertukar² pengalaman dan cerita dengannya sambil makan-makan MCD.
Kami melepak di sana hampir 2 jam lamanya sebelum pulang ke MMU. Sampai MMU aku sambung fix pc aku ni, dan dengan bantuan Xua dan Nix (dari Cyber Tracker), Alhamdulillah my pc getting better.
Bila dah settel problem, apa lagi? DOTA!DOTA!DOTA
P/s: SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SeMUA!