Rangkuman peristiwa...
Mon, 28 Apr 2008
Sejak blog aku down beberapa belas hari yang lalu, bermacam˛ hal dah berlaku. Antaranya kedua-dua parents aku dah selamat kembali ke tanah air dari tanah suci Mekah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab dapat menatap muka kedua-duanya selamat dan gembira.

Selain tu ada 1 lagi event best yang melibatkan aku dan geng iaitu birthday Xua pada 24 April lepas. Walaupun celebrationnya tidak melibatkan perbelanjaan yang besar mahupun serangan tepung dan telur, namun nyanyian besar-besaran di wing B HB2 sudah cukup memeriahkan dan menggamatkan suasana. Ditambah pula dengan sorakan padu suara Baa bersama geng spammer Cyber Tracker (termasuk 2-4 orang floormates) dan dan beberapa siri "lakonan" untuk menjayakan nyanyian ni. Ia satu moment yang..priceless. Well tu aje yang aku mampu rancang untuk rummet terhebat. Hehehe...


from left: kechik (SangAsura), Baa, Fandi (sonic), Lomak (lomakaka), Buya (senyum), birthday boy Xua (gapodio), Sham (xenogears_86), saya (torch-ank), Deevon, Nulan (tripod), Amirul (sisco)...

Gambar di atas adalah gambar kenangan untuk even ni. Nama˛ dalam () adalah nickname mereka dalam forum CyberTracker (MMU sahaja).

Well, ni aje untuk kali ni...time to FYPing. Later k! ~daaa!!!
View Archives | Back to Top