Bersih dan kemas...
Fri, 11 Apr 2008
Hari ni aku, Ajis dan Xua secara rasminya memulakan hari kami dengan solat jumaat. Sepanjang pengalaman aku, jarang² hujan turun masa solat jumaat, tapi semua kehendak Allah jua.

Lepas solat jumaat, kami lunch bersama macam minggu² sebelum ni. Lepas tu, macam biasalah aktviti kami sebilik...menerokai dunia orang tiada awek (DotA). Tapi hari ni kami batalkan sebab ada 1 perkara yang lebih penting yang perlu di selesaikan iaitu mengemas bilik.

Dengan bersemangat aku, Ajis dan Xua memulakan kerja² pembersihan secara total, top-down dan all-out dan penuh efisien yang mana mengambil masa hampir 1 jam.

Hasilnya, satu persekitaran yang nyaman, bersih dan sihat. Mengembalikan mood dan semangat untuk membuat kerja, (especially si FYP) dan mengelakkan kemungkinan menjadi emosional dan tensi. So kesimpulannya marilah sama² menjaga kesihatan dan kebersihan kerana egara Bersih, Rakyat Sihat.




*Imej di atas adalah manifestasi mood yang baik, suasana yang bersih dan juga tekanan FYP. hehe...

P/s:- Seminggu lebih sebelum presentation seterusnya...erkk, takut!
View Archives | Back to Top