Hari ni...
Thu, 10 Apr 2008
Hari ni aku terponteng kelas DM, walaupun aku dah berusaha cuba stay up sampai pukul 7 pagi (dan seseorang dah call untuk kejut kan, thanks to you), tetapi gagal jua.

Nasib baik tak ada apa˛penting berlaku (but still aku ter"missed" consultation dan...). Then sebelah tengahari dalam pukul 2 lebih aku dan 2 orang groupmate 301 (subjek Cyberpreneurship), Wyda dengan Masyi diminta oleh Refa untuk ke HQ AJV untuk membeli gadget yang telah dipesan oleh client group kami. Pengalaman yang agak menarik, tapi malas nak cerita.

Balik dari HQ AJV, kami bertiga makan dan melepak˛, bersembang. Lepas Wyda dan Masyi balik, aku menyambung lepak lagi dekat meja Baha pulak. Kebetulan masa tu Sham Ghost0 sampai dari Bangi dengan 2 biji regular pizza untuk dimakan beramai˛. Apa lagi? Masa tu yang ada aku, Baha, Sham, Senyum, Bob, Fendi dan Abul tanpa berlengah menikmati rezeki yang ada.





Alhamdulillah, ni yang dinamakan rezeki tak terduga. Sekali lagi thanks to Sham Ghost0!

P/s:- Ni aje yang aku nak post untuk kali ni. Tak ada apa pun yang menarik. Hehe...
View Archives | Back to Top