Umrah...
Sat, 5 Apr 2008

Malam semalam aku dan adik aku Epi turun ke KLIA untuk menghantar kedua-dua parents aku menunaikan ibadah umrah.Dah lama jugak aku tak ke KLIA, kali terakhir masa hantar member aku ,Fathi (Ustad) ke UAE tahun 2006 lepas.

Sebagai anak, aku sangat bersyukur sebab hajat kedua-dua parent untuk ke tanah suci Mekah dan Madinah tercapai, aku juga berharap hajat mereka untuk menunaikan haji pada musim yang akan datang dimakbulkan Allah.



*dari kiri : Mama, Abah, Uncle Sapri & Auntie Ila

Aku dan Epi mendoakan semoga perjalanan Mama dan Abah berserta rombongan yang lain selamat pergi dan selamat pulang, amin.



*Epi berlatarbelakangkan signboard dan ruangan berlepas di paras 5 KLIA



*Aku bersandar di signboard yang sama untuk berehat seketika selepas penat berjalan.


Aku dan Epi meninggalkan KLIA sekitar 2.30 pagi setelah rombongan umrah dipanggil untuk check-in. Aku tiba di Cyber jam 3.30 pagi dengan perut yang kenyang. DotA seround sampai subuh. Solat dan...ZzZzZ!

P/s:- Dalam tak sedar KLIA kini sudah 10 tahun beroperasi sejak 1998. For more info logon to KLIA

View Archives | Back to Top