"Sorry, closed already"
Mon, 10 Mar 2008
Pilihanraya dah lepas, siapa menang siapa kalah pun dah tahu. So sekarang, masa untuk aku kembali ke Cyberjaya. Sebenarnya aku malas nak komen pasal pilihanraya, sebab dah terlalu ramai orang yang dah komen pasal ni, kalau tak percaya cuba try tengok kat blog˛ lain.

Ok berbalik kepada tajuk di atas, yang mana merujuk kepada kata-kata waiter/waitress di Secret Recipe dan Max Kitchen. Walaupun baru pukul 10, tapi dah nak tutup. Haih, susah betullah!.Kami berempat, terus buntu mencari tempat makan yang best untuk memenuhi selera dan nafsu makan yang sangat dinamik, lagi˛ Nemi, sebab dia yang nak open table.

Dengan langkah longlai dan hati yang sedikit geram (sambil berlagak cool), kami meninggalkan tempat˛-makan-yang-tutup-awal itu. Bermacam-macam cadangan dan usul berkenaan tempat makan difikirkan oleh Ajis, Xua, aku dan Nemi. Antaranya termasuk di TGI Friday, KFC,Pizza Hut dan MCD. namun begitu setelah mengkaji semua aspek berkaitan termasuk masa, jarak dan perbelanjaan, akhirnya KFC menjadi pilihan setelah undian diadakan.






Thanks Nemi for the treat! Ko memang YB sejati!

View Archives | Back to Top