Hari ni macam hari² sebelum ni aku berjogging di trek Stadium MMU. Macam hari² lepas juga, muka² jogger biasa kelihatan ditambah muka baru yang semakin ramai.
Sejak lepas operation bulan lepas, aku cuba kembali semula untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan mengamalkan senaman dan menjaga diet harian. Bukan sahaja atas nasihat doktor, tapi atas kesedaran diri sendiri. Betul juga satu pepatah tu, "prevention is better than cure".
Berbalik cerita jogging tadi, sejak aku mula berjogging beberapa minggu lepas, aku rasa hari ni adalah hari yang sangat meriah pernah aku alami. Bermacam-macam individu boleh ditemui, daripada para "jogger", kepada pemain layang-layang, pejalan kaki, para couple, pencari ilham termasuklah mereka yang sekadar memerhati.Kehadiran Baha juga menambah lagi kemeriahan seakan hadirnya seorang superstar!hehhe. Tak kiralah siapa dan apa tujuan mereka, bagi aku kesemuanya menambahkan lagi suasana dan kemeriahan beriadah di Stadium MMU. Ini satu petunjuk yang baik ke arah pembentukan komuniti yang sihat dan cintakan alam sekitar.
Ok masa untuk sambung buat FYP, till then Majulah Sukan Untuk Negara!