Hari ni 29 February, atau hari lompat yang hanya berlaku dalam tahun lompat sahaja. Ok nuff said. Seperti dalam gambar dan tajuk di atas, aku nak share pasal aktiviti aku dan Xua pada 29 February '08.
Hari ni pada sebelah pagi sehingga petang, memang hari yang agak tidak produktif bagi aku dan Xua. Tapi bermula jam 5.30 petang sampai pukul 11.00 malam tadi, serta merta hari ni menjadi hari yang sungguh dengan produktiviti sebab kami bersama² menolong Pejal, Naza dan King berpindah rumah.
Cerita bab pindah rumah ni memang pasti berakhir dengan penat dan letih terutamanya bagi orang yang berpindah tu sendiri. Maklumlah kan, orang yang berpindah kena packing, susun, angkat, masuk lori, turun lori, bawa masuk rumah baru, unpack, susun semula dan mengemas apa yang patut. Atas dasar itu dan semangat "member²", aku dan Xua tolong diorang. Bukan tolong tengok ok!, tapi tolong semua yang patut dari awal hingga akhir nanti (macam lagu Alleycats pulak, hehe...)
Lepas hampir 6 jam, Alhamdulillah, semua settel..hehe semua orang senang hati, tapi lapar perut. So masa untuk makan!
Thanks Pejal,Naza and King. Hehehe, kasi "cuci" ok!
P/s:-Berbalik cerita 29 February tadi. Untuk info lanjut boleh baca di sini.