Hari ni tak semena-mena aku bangun dalam keadaan sakit perut yang tak terhingga.Pada mulanya aku sangkakan macam mimpi, tapi bila dah terjaga memang betul apa yang aku rasa, sakit perut yang teramat sangat. Aku jangkakan sakit perut disebabkan angin, tapi dari seminit ke seminit makin sakit dan sakit.Lain macam sungguh...
Nak tak nak aku terpaksa menyusahkan Ajis 2 kali, 1 mintak tolong dia belikan ubat dan 1 lagi minta dia ambilkan minyak angin kat rumah Syawal.(Thanks to Ajis, Syawal dan Zua.)
Aku jadi pelik, biasanya lepas makan pil Chi Kit Teck Aun ni aku akan rasa lega, tapi macam tak ajer. Makin lama makin bertambah sakit dan sakit sampailah satu tahap aku tak dapat pergi kelas hari ni (dan tak submit assigment)sebab aku tertido.
LastĀ² aku terus pergi ke klinik MMU, dan buat pemeriksaan. Doktor yang periksa aku tu perempuan (boleh tahan jugaklah), lepas tu dia suruh aku buat urin test (nasib baiklah aku tak layan dadah, kalau tak memang kantoi aje)...
Sungguh aku terkejut bila doktor tu beritahu yang aku....berdasarkan pemeriksaan dan urin test tadi... MUNGKIN menghidap penyakit batu karang
Aku dengan pasrahnya menerima kenyataan doktor tu, tapi aku still berharap yang itu adalah sekadar jangkaannya sahaja. Aku pun keluar dari bilik doktor tu dengan hati yang agak risau dan berbaur.
Tak cukup dengan risau, boleh pulak aku tak cukup duit nak bayar bil,(astaga!!!) satu hal pulak nak kena menapak ke bank dengan perut yang masih senakĀ². Adui, nasib badan betul!
Untuk anda semua, bagi yang nak tau apa itu sakit batu karang, klik sini.
P/s:- Kena kurangkan makan seafood dan garam...