Dah lebih sebulan aku tak blog, dan dalam sebulan yang lepas ni macamĀ² yang berlaku, tapi kalau nak taip pun, macam malas aje.
Semester 2, dah masuk minggu kedua. Lepas cuti yang agak lama terasa sangat liat untuk kembali ke "sekolah". Tapi disebabkan FYP 1 dah mula, nak tak nak kenalah buang kan rasa liat, malas dan sebagainya...
Sebut pasal FYP, hari ni merupakan hari yang agak penat. Dah lah semalaman tak dapat tidur nak siapkan proposal, lepas tu siang tadi ditambah lagi dengan penat menunggu giliran nak present. Tapi tak apa, setakat ni tak banyak masalah lagi yang timbul dan masih dalam kawalan.
Balik dari presentation, aku plan nak tidur. Tapi sebab naluri untuk main game lebih tinggi, aku pun terus main game sampai ke malam. Then lepas tu terasa ada mood nak update blog, terus la aku menaip apa yang terlintas ni. Tapi yang agak tak best nya, sekarang ni aku punya feeling agak tak best, sebab tengah rindu kat seseorang. Kenapa mesti rindu kat dia?? Hanya Tuhan yang tahu...